Dapatkan ciri, petua dan teknik carian terkini

Berikut ialah tempat anda boleh mendapatkan ciri, petua dan teknik carian terbaharu Google untuk membantu anda menjadi pakar carian. Jika anda ingin bersikap anti sosial sepenuhnya, tonton kisah carian atau lihat beberapa projek lain yang menyeronokkan, yang kami telah usahakan dalam taman permainan kami.

Bahan Baharu

Ketahui perkara baharu dengan Carian Google melalui ciri yang dikeluarkan baru-baru ini.

Carian Penerbangan

14/03/12

Terokai pilihan perjalanan udara dan rancang perjalanan anda hanya dengan mengklik tetikus beberapa kali. Kini anda boleh menggunakan Carian Penerbangan untuk mencari dan menempah penerbangan dari AS ke pelbagai destinasi antarabangsa.

Ketahui lebih lanjut.

Pratonton carian berkaitan

23/02/12

Dapatkan imej hebat yang anda cari atau terokai topik melalui gambar dengan pratonton carian berkaitan. Anda akan mendapatinya di sepanjang bahagian atas hasil carian imej anda.

Ketahui lebih lanjut.

Hasil carian peribadi

10/01/12

Kita semua mengharapkan orang yang kita kenali dan percayai untuk memberikan syor yang baik. Dengan hasil carian peribadi, anda dapat melihat petua, foto dan siaran yang berkaitan daripada rakan anda, terus di sebelah hasil carian dari web.

Ketahui lebih lanjut.

Evolusi Carian Google

Ketahui mengenai Google dengan meneroka inovasi, ciri dan pencapaian dalam Carian sejak penubuhan kami pada tahun 1997.

  • Google Search dilancarkan

    4/09/97

    Larry dan Sergey, pelajar lepasan ijazah bidang sains komputer Stanford yang telah bekerjasama sepanjang tahun lalu dalam pembinaan enjin carian dipanggil BackRub, yang dihoskan pada pelayan Stanford, memutuskan untuk menamakan semula enjin carian mereka. Selepas memerah otak, mereka memutuskan untuk menggunakan Google —diambil dari perkataan “googol”— istilah matematik untuk nombor yang diwakili oleh angka 1 diikuti oleh 100 angka sifar.

  • Doodle Pertama

    30/08/98

    Tradisi doodle laman utama dizahirkan apabila Larry dan Sergey menggabungkan ikon Burning Man ke dalam logo Google sebelum menuju ke festival Burning Man di Nevada.

  • Bahasa

    9/05/00

    Bertindak berdasarkan misi kami untuk mengatur maklumat dunia, kami melancarkan Google.com dalam 10 bahasa tambahan: Perancis, Jerman, Itali, Sweden, Finland, Sepanyol, Portugis, Belanda, Norway dan Denmark.

  • Indeks Carian

    26/06/00

    Google mengalu-alukan ketibaan alaf, abad, dekad dan era carian web baharu dengan menjadi indeks carian web terbesar di dunia.

  • Bahasa

    12/09/00

    Google mula menawarkan carian dalam bahasa China, Jepun dan Korea, menjadikan jumlah keseluruhan bahasa yang disokong kepada 15. Tetapi (masih!) tiada bahasa Klingon.

  • Bar Alat Google

    11/12/00

    Pelancaran pemalam penyemak imbas Bar Alat Google membolehkan carian dilakukan tanpa perlu pergi ke halaman utama kami. Dalam erti kata lain, kini anda boleh menggunakan Google di seluruh web tanpa melawat Google.com dengan hanya memuat turun Bar Alat Google kami dan menyimpannya dalam penyemak imbas anda.

  • Bahasa

    27/03/01

    Tidak berpuas hati dengan proses perlahan penterjemahan antara muka Google kami, satu bahasa pada satu masa ke dalam bahasa lain yang tidak terhitung bilangannya, yang dituturkan di seluruh dunia, Google melaksanakan konsol terjemahan yang membolehkan pengguna untuk membantu mempercepatkan proses ini. Kini mana-mana Googler boleh menterjemah secara sukarela sebahagian atau semua halaman kami ke dalam mana-mana satu daripada 100 lebih bahasa yang berbeza. Para sukarelawan telah pun menukar Google ke dalam bahasa Catalonia, Afrika, Rusia dan Czech, dengan lebih banyak bahasa ditambah pada setiap minggu. Sehingga setakat ini, Google.com boleh didapati dalam 26 bahasa.

  • Carian Imej Google

    28/07/01

    Jika satu gambar bernilai seribu perkataan, apakah nilai sejuta gambar? Atau lebih tepat lagi, 250 juta gambar? Carian Imej Google (versi beta) dilancarkan dan merupakan cara yang paling menyeluruh untuk mencari imej di Web. Tambahan pula, carian ini mudah digunakan, semudah perkhidmatan carian web Google yang lain.

  • Indeks Carian

    11/12/01

    Saiz indeks web Google berkembang kepada 3 bilion dokumen web, yang pada masa itu, seolah-olah dokumen web yang sangat banyak.

  • Zeitgeist 2001

    14/12/01

    Kami merakamkan semangat 2001 berdasarkan pengumpulan berbilion-bilion pertanyaan carian Google. Membariskan lebih daripada 150 juta soalan setiap hari, kami menawarkan 10 aliran pertanyaan paling tinggi:

    1. nostradamus
    2. cnn
    3. pusat dagangan dunia
    4. harry potter
    5. antraks
    6. windows xp
    7. osama bin laden
    8. audiogalaxy
    9. taliban
    10. loft story
  • Berita Google

    23/09/02

    Ada lagi! Ada lagi! Berita Google dilancarkan, menyediakan berita terkini yang diambil daripada kira-kira 4,000 sumber berita di seluruh dunia. Cerita disusun secara automatik ke dalam kategori dan tajuk dikemas kini sepanjang hari, jadi mudah untuk menonton berita yang terungkap setiap kali anda melawat.

  • Zeitgeist 2002

    9/12/02

    Kami merakamkan semangat tahun 2002 dengan Zeitgeist Akhir Tahun, yang menawarkan perspektif unik tentang peristiwa utama dan aliran terhangat tahun tersebut yang berdasarkan lebih 55 bilion carian yang dijalankan sepanjang tahun lalu oleh para pengguna Google di seluruh dunia. Berikut ialah 10 pertanyaan teratas yang semakin meningkat pada tahun tersebut:

    1. spiderman
    2. shakira
    3. sukan olimpik musim sejuk
    4. piala dunia
    5. avril lavigne
    6. star wars
    7. eminem
    8. american idol
    9. morrowind
    10. warcraft 3
  • Froogle

    12/12/02

    Kami melancarkan Froogle (kini Carian Produk), perkhidmatan carian produk kami, yang membawa penekanan Google terhadap hasil carian objektif dan tidak berat sebelah ke alam beli-belah dalam talian. Froogle mencari melalui berjuta-juta laman web yang berkaitan untuk membantu pengguna mendapatkan dengan cepat apa sahaja yang mereka inginkan, memaparkan dengan tepat laman web yang menawarkan produk khusus yang mereka cari. Kami telah memutuskan terlebih dahulu bahawa Google tidak akan menjual hasil carian, jadi pengguna sentiasa tahu hasil carian mereka sememangnya berkaitan, tidak dibeli dan dibayar.

  • Zeitgeist 2003

    31/12/03

    Selepas lebih 55 bilion carian yang dijalankan sejak tahun lalu, kami menerbitkan Zeitgeist Hujung Tahun 2003, yang menawarkan perspektif yang unik terhadap peristiwa utama dan aliran paling hangat tahun tersebut. Berikut ialah sepuluh pertanyaan paling popular pada tahun tersebut:

    1. britney spears
    2. harry potter
    3. matrix
    4. shakira
    5. david beckham
    6. 50 cent
    7. iraq
    8. lord of the rings
    9. kobe bryant
    10. tour de france
  • Indeks Carian

    17/02/04

    Indeks carian kami mencecah pencapaian baharu: 6 bilion item, termasuk 4.28 bilion halaman web dan 880 juta imej.

  • Gmail

    1/04/04

    Kami menguji keluaran pratonton Gmail, perkhidmatan mel web berasaskan carian percuma dengan kapasiti simpanan sehingga 8 bilion bit maklumat— bersamaan dengan 500,000 halaman e-mel. Untuk setiap pengguna. Inspirasi Gmail ini dibangkitkan oleh pengguna Google yang mengadu mengenai kualiti perkhidmatan e-mel sedia ada yang rendah.

    Baca lagi

  • Carian SMS pada peranti Mudah Alih

    7/10/04

    OMG-Google SMS (khidmat pesanan ringkas) dilancarkan, memberi anda cara yang senang untuk mendapatkan penyenaraian restoran berhampiran, mencari definisi perkataan, mencari harga produk atau mencari sesuatu kawasan atau poskod. Malah anda boleh menggunakan Google SMS untuk mengira tip. Jika telefon anda mendayakan mesej teks, anda boleh menghantar pertanyaan anda kepada kod pendek 5 angka AS: 46645 (GOOGL pada kebanyakan telefon). Hasil carian pertanyaan anda ini kemudiannya dihantar sebagai mesej teks, bukan pautan.

    Baca lagi

  • Ilmiawan Google

    8/10/04

    Versi beta Ilmiawan Google membolehkan ahli akademik mencari kesusasteraan ilmiah seperti kertas kerja, tesis, buku, pra-cetakan, abstrak dan laporan teknikal semakan setara -- semuanya percuma. Di Google, kami telah mendapat banyak manfaat daripada penyelidikan akademik. Ini adalah salah satu cara kami menyumbang kembali kepada komuniti penyelidikan. Kami berharap Ilmiawan Google akan membantu kita semua berdiri di atas bahu gergasi.

    Baca lagi

  • Carian Desktop Google

    14/10/04

    Carian Desktop Google membawa teknologi carian Google ke sempadan data akhir: pemacu keras berselerak milik anda. Aplikasi kecil ini (700 ribu) direka untuk membantu anda mendapatkan semua jenis fail pada pemacu keras anda, termasuk fail Office, e-mel, sembang AIM dan PDF, termasuk muzik, imej, video dan banyak lagi.

    Baca lagi

  • Indeks Carian

    10/11/04

    Kami mengumumkan bahawa indeks halaman web kami telah mencecah 8 bilion. Pada masa itu, kelihatan seperti satu jumlah yang amat banyak.

    Baca lagi

  • Carian Buku Google

    14/12/04

    Buku di dunia, terpelihara selama-lamanya, ihsan Program Cetakan Google (telah dinamakan semula sebagai Carian Buku Google). Hari ini, kami mengumumkan perkongsian pengimbasan digital dengan perpustakaan Harvard, Stanford, University of Michigan dan Oxford serta Perpustakaan Awam New York. Matlamat kami: Untuk menjadikan dunia buku lebih mudah ditemui untuk generasi baharu. Melalui kerjasama dengan perpustakaan dan penerbit, kami kini mempunyai akses kepada berjuta-juta buku, termasuk pelbagai jilid unik yang telah bertahun-tahun tidak dibaca dan beribu-ribu buku yang cetakannya telah habis.

    Baca lagi

  • Zeitgeist 2004

    22/12/04

    Berdasarkan berbilion-bilion carian yang dijalankan oleh para pengguna Google di seluruh dunia, Zeitgeist Hujung Tahun 2004 menawarkan perspektif yang unik terhadap peristiwa dan aliran utama tahun tersebut. Berikut ialah sepuluh pertanyaan paling popular:

    1. britney spears
    2. paris hilton
    3. christina aguilera
    4. pamela anderson
    5. sembang
    6. permainan
    7. carmen electra
    8. orlando bloom
    9. harry potter
    10. mp3
  • Video Google

    25/01/05

    Kami melancarkan Video Google, produk yang membolehkan anda mencari indeks transkrip dari rancangan TV baru-baru ini. Pada masa ini, Video hanyalah satu produk beta peringkat awal: Anda hanya melihat imej pegun dan coretan teks dari rancangan yang sepadan dengan istilah carian anda dan anda hanya boleh mencari rancangan daripada beberapa saluran, bermula dari Disember 2004. Tetapi kami akan semakin mempertingkatkan Video Google secara berterusan dalam beberapa bulan akan datang, sebagaimana yang orang dalam bidang TV katakan, jangan ke-mana-mana.

    Baca lagi

  • Indeks Carian Imej

    7/02/05

    Satu pencapaian yang besar pada hari ini, apabila Carian Imej Google mengumumkan bahawa kami telah mencapai 1.1 bilion imej diindeks, tak kesemuanya gambar kucing.

    Baca lagi

  • iGoogle

    19/05/05

    Google Labs melancarkan halaman utama peribadi (kini dipanggil iGoogle), yang membolehkan anda membentuk Internet mengikut cita rasa anda (lebih kurang), dengan menambah tajuk berita, cuaca dan ciri lain ke halaman utama Google. Satu klik tetikus akan membolehkan anda bertukar semula ke wajah "klasik" Google.

    Baca lagi

  • Terjemahan Google

    22/08/05

    Apa? Terjemahan Google mendapat markah bagus dalam penilaian terjemahan mesin kerajaan A.S. 2005—dan seperti yang akan dibuktikan oleh garis masa ini pada masa hadapan, pasukan terjemahan ini baru saja bermula.

    Baca lagi

  • Carian Blog Google

    15/09/05

    Perkara berkenaan blog ini nyata semakin popular—tetapi bagaimana anda mencari apa yang ditulis oleh penulis blog? Memperkenalkan Carian Google Blog, yang menyampaikan hasil carian cepat Google di seluruh blog dalam banyak bahasa, tidak kira di mana sahaja blog dihoskan atau ditulis. Anda boleh mencari mengikut tajuk, URL, kata kunci atau anda boleh mengehadkan carian anda kepada blog tertentu atau lingkungan tarikh.

    Baca lagi

  • Zeitgeist 2005

    20/12/05

    Berbilion-bilion carian Google. Setahun. Zeitgeist menyarikan yang terdahulu menjadi gambar yang kemudian. Berikut ialah sepuluh pertanyaan dalam aliran paling popular:

    1. MySpace
    2. Ares
    3. Baidu
    4. wikipedia
    5. orkut
    6. iTunes
    7. Sky News
    8. World of Warcraft
    9. Green Day
    10. Leonardo da Vinci
  • Google Finance

    21/03/06

    Kami membantu anda memahami wang anda dengan menawarkan akses yang cepat dan mudah kepada maklumat perniagaan dan kewangan mengenai syarikat awam dan swasta serta dana bersama. Google Finance merangkumi carta interaktif; carian syarikat melalui nama atau simbol saham; cerita yang dikumpulkan mengikut topik dari Berita Google; catatan blog yang tepat pada masanya dari Carian Google Blog; kumpulan perbincangan mengenai topik; dan portfolio yang mudah digunakan untuk memantau maklumat kewangan anda.

    Baca lagi

  • Aliran

    10/05/06

    Semuanya mengenai anda. Dengan Google Aliran, anda boleh mengukur minat dunia terhadap topik kegemaran anda. Masukkan sehingga lima topik dan lihat berapa kerap topik ini dicari di Google dari semasa ke semasa. Google Aliran juga memaparkan berapa kerap topik anda telah muncul dalam cerita Berita Google dan kawasan geografi mana yang telah dicari paling kerap.

    Baca lagi

  • Carian Peribadi Google

    23/10/06

    Lebih baik daripada Google? Mengapa tidak? Pelancaran Enjin Carian Tersuai Google memberi blogger dan pemilik tapak web keupayaan untuk mencipta enjin carian yang disesuaikan untuk minat tertentu mereka sendiri dan pengguna mereka.

    Baca lagi

  • Carian Paten

    14/12/06

    Dengan pelancaran Carian Paten Google beta, anda boleh mengetahui cerita di sebalik produk harian seperti pita pelekat dan kanta lekap atau mengetahui tentang beribu-ribu ciptaan kabur yang anda mungkin tidak tahu akan kewujudannya. Paten Google membolehkan anda mencari teks penuh dan ilustrasi lebih 7 juta paten A.S.

    Baca lagi

  • Zeitgeist 2006

    28/12/06

    Apa makna 2006? Zeitgeist cuba menjawab soalan tersebut dengan mengkaji pertanyaan carian google untuk tahun tersebut. Berikut ialah carian paling popular 2006:

    1. bebo
    2. myspace
    3. piala dunia
    4. metacafe
    5. radioblog
    6. wikipedia
    7. video
    8. rebelde
    9. mininova
    10. wiki
  • Carian Universal

    16/05/07

    Kini semua sekali. Pada acara Searchology kami, kami mengumumkan bahawa kami semakin hampir dengan carian sejagat selepas kami merintis jalan untuk mencari pada semua sumber kandungan—web, imej, berita, peta, tempatan, video, buku—dan menyampaikan hasil carian bersepadu yang disusun mengikut urutan perkaitan.

    Baca lagi

  • Zeitgeist 2007

    15/12/07

    Kami merakamkan semangat 2007 berdasarkan pengumpulan berbilion-bilion pertanyaan carian di Google. Berikut ialah sepuluh pertanyaan yang paling cepat meningkat di AS:

    1. iphone
    2. webkinz
    3. tmz
    4. transformers
    5. youtube
    6. club penguin
    7. myspace
    8. hero
    9. facebook
    10. anna nicole smith
  • Terjemahan Google

    15/05/08

    Terjemahan Google kini membawa keajaiban terjemahan dalam talian segera untuk bahasa Bulgaria, Croatia, Czech, Denmark, Finland, Hindi, Norway, Poland, Romania dan Sweden, menjadikan jumlah 23 bahasa yang disokong. Odlično!

    Baca lagi

  • Doodle 4 Google 2008

    21/05/08

    Berjuta-juta pengundi dalam talian memutuskan bahawa Grace Moon, penuntut gred enam dari Castro Valley, California, telah menyerahkan doodle terbaik untuk Pertandingan Doodle 4 Google tahun ini.

    Baca lagi

  • Carian Tapak Google

    3/06/08

    Pelancaran Carian Tapak Google membolehkan pemilik tapak web mendayakan carian dikuasakan Google di tapak mereka sendiri.

    Baca lagi

  • Knol

    23/07/08

    Kami melancarkan perkhidmatan baharu yang dikenali sebagai Knol, yang memudahkan lagi pakar yang berpengetahuan menulis dan berkongsi maklumat di web. Penulis boleh menyiarkan rencana yang berwibawa (juga diketahui sebagai knol) tentang sesuatu subjek, kemudian berkongsi pengetahuan ini dengan semua orang. Setiap knol mengenal pasti pengarang atau kumpulan pengarang, supaya para pembaca boleh melihat dengan jelas orang yang menulisnya dan bukti kelayakan mereka serta komen, penarafan atau mengulas pada knol tersebut. Menggunakan ciri baharu yang dikenali sebagai "kerjasama disederhanakan", pembaca juga boleh menyumbang kepada knol secara langsung. Pengarang kemudiannya boleh memutuskan sama ada untuk mempertimbangkan cadangan tersebut.

    Baca lagi

  • Indeks Carian

    25/07/08

    Sebesar manakah web? Kami mengumumkan bahawa sistem pengindeksan kami untuk memproses pautan telah menunjukkan bahawa Google kini mengira 1 trilion URL unik, dengan bilangan halaman web individu yang berkembang sebanyak beberapa bilion halaman setiap hari.

    Baca lagi

  • Cadangan Google

    25/08/08

    Kami melancarkan Google Suggest, yang membantu anda merumuskan pertanyaan carian dan mengurangkan kesilapan ejaan dan ketukan kekunci, menjimatkan beribu-ribu masa menaip pengguna Internet—satu cadangan dalam sekelip mata pada satu-satu masa.

    Baca lagi

  • Penyemak Imbas Google Chrome

    2/09/08

    Kami melancarkan Google Chrome, penyemak imbas web sumber terbuka yang baharu. Pantas dan selamat, Google Chrome membolehkan anda mengakses perkhidmatan Google kegemaran anda—Gmail, Peta Google dan Dokumen Google—lebih mudah berbanding sebelum ini. Google Chrome menawarkan ciri unik yang baharu, seperti satu kotak alamat web dan carian, pengurus muat turun yang mudah dan antara muka untuk memaksimumkan pengalaman penyemakan imbas anda.

  • Hari Lahir ke-10 Google

    2/09/08

    Masa pantas berlalu -- hari lahir ke-10 Google.

  • Projek 10^100

    24/09/08

    Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10 kami, kami melancarkan Projek 10^100 (iaitu "sepuluh ganda seratus"), pengumpulan idea yang direka untuk membantu seberapa ramai orang yang mungkin dan program untuk merealisasikan idea yang terbaik. Kami menjanjikan $10 juta untuk memulakan projek ini dan menjemput anda untuk mengundi idea kegemaran anda.

    Baca lagi

  • Zeitgeist 2008

    10/12/08

    Kami menyiarkan pertanyaan dalam aliran paling popular yang merakamkan semangat 2008:

    1. obama
    2. facebook
    3. att
    4. iphone
    5. youtube
    6. fox news
    7. palin
    8. beijing 2008
    9. david cook
    10. layari saluran
  • Terjemahan Google

    26/02/09

    Dengan penambahan bahasa Turki, Thailand, Hungary, Estonia, Albania, Malta dan Galicia, kami mengumumkan bahawa Terjemahan Google kini mampu menterjemahkan secara automatik antara 41 bahasa yang bersama-sama meliputi 98% daripada bahasa yang dibaca oleh pengguna Internet.

    Baca lagi

  • Profil Google

    21/04/09

    Kami melancarkan Profil Google, yang memberi anda keupayaan untuk mengawal dengan lebih baik perkara yang orang lain dapati apabila mereka mencari anda. Profil muncul di bahagian bawah halaman carian AS kami apabila orang mencari melalui nama.

    Baca lagi

  • Pilihan Carian Google

    12/05/09

    Adakah carian web boleh menjadi lebih baik dan lebih peribadi? Sudah tentu. Itulah sebabnya kami melancarkan Pilihan Carian, panel alat di sebelah kiri hasil carian yang memberikan anda kawalan lebih canggih terhadap hasil carian anda.

    Baca lagi

  • Doodle 4 Google 2009

    20/05/09

    Beribu-ribu kanak-kanak sekolah menghantar penyertaan. Lebih 6 juta undian dalam talian telah dibuat. Christin Engelberth, penuntut gred enam dari San Antonio, Texas, memenangi Peraduan Doodle 4 Google 2009.

    Baca lagi

  • Terjemahan Google

    31/08/09

    Apa? Terjemahan Google tidak menyokong bahasa Afrikaans, Belarus, Iceland, Ireland, Macedonia, Melayu, Swahili, Welsh atau Yiddish? Kini semua disokong.

    Baca lagi

  • Carian Sosial

    26/10/09

    Carian Sosial, percubaan baharu di Google Labs, memperkayakan hasil carian Google anda dengan kandungan awam yang berkaitan daripada rakan dan kenalan anda, diserlahkan di bawah hasil carian untuk memudahkan anda.

    Baca lagi

  • Google Dashboard

    5/11/09

    Google Dashboard yang baharu menyediakan ketelusan dan memberi pengawasan yang lebih besar ke atas data dan maklumat anda yang berkaitan dengan Google. Papan pemuka meringkaskan data untuk setiap produk yang anda gunakan dan menyediakan anda pautan langsung supaya anda boleh mengawal maklumat dan tetapan peribadi anda dan tetapan—semua di satu tempat yang mudah dan selamat.

    Baca lagi

  • Zeitgeist 2009

    1/12/09

    Apakah yang berlaku pada tahun 2009? Zeitgeist tahun ini, merakamkan semangat berbilion-bilion pertanyaan carian Google. Berikut ialah pertanyaan yang paling cepat meningkat pada tahun tersebut:

    1. twitter
    2. michael jackson
    3. facebook
    4. hulu
    5. hi5
    6. glee
    7. aktiviti paranormal
    8. natasha richardson
    9. farrah fawcett
    10. lady gaga
  • Google Goggles

    7/12/09

    Kami melancarkan Google Goggles, aplikasi carian visual baharu untuk telefon Android yang membolehkan anda mencari di web dengan mengambil gambar, bukannya menaip perkataan. Tangkap gambar mercu tanda, tanda, logo, kulit buku atau hasil karya seni untuk mendapatkan padanan hasil carian untuk imej anda. Untuk mendapatkan maklumat perniagaan, hanya halakan telefon anda pada kedai dan Goggles akan memaparkan kepada anda nama perniagaan dengan menggunakan GPS dan kompas telefon.

    Baca lagi

  • Carian Masa Nyata

    7/12/09

    Ciri Carian Masa Nyata baharu kami menyimpan hasil carian terkini anda dengan kemas kini langsung daripada orang di tapak popular seperti Twitter, serta tajuk berita dan catatan blog yang diterbitkan hanya beberapa saat sebelum carian anda.

    Baca lagi

  • Hari Lahir Sir Isaac Newton

    4/01/10

    Demi meraikan hari jadi ke-368 Sir Isaac Newton, kami menghasilkan Doodle interaktif kami yang pertama.

  • Cinta Orang Paris

    7/02/10

    Kami menyiarkan iklan Super Bowl pertama kami yang menceritakan kisah cinta melalui istilah carian. Ini adalah satu daripada banyak video yang dibuat bagi meraikan usaha manusia di sebalik carian.

  • Topeka

    1/04/10

    Untuk Hari April Fool, kami menukar nama kami kepada Topeka—satu penghormatan kepada Topeka, Kansas, yang menukar namanya kepada Google sebagai sebahagian daripada usaha untuk membawa rangkaian fiber percubaan kami ke bandar itu.

    Baca lagi

  • Paparan yang menyegarkan untuk Hasil Carian

    5/05/10

    Kami melancarkan penampilan segar untuk halaman hasil carian kami, dengan panel kiri baharu yang mengumpulkan alat carian yang paling berkaitan dan penghalusan untuk pertanyaan anda. Kini anda boleh melangkau dengan cepat antara jenis hasil carian seperti Buku, Imej, Berita atau kecilkan hasil carian anda mengikut waktu atau topik. Ciri "Sesuatu yang berbeza" baharu di bahagian bawah panel sebelah kiri membantu anda mencari topik lain yang berkaitan dengan pertanyaan anda.

    Baca lagi

  • Doodle PAC-MAN

    21/05/10

    Untuk meraikan sambutan hari jadi ke-30 PAC-MAN, kami melancarkan doodle boleh main pertama kami, lengkap dengan kesemua 256 paras pengunyahan titik yang menyeronokkan dan Cik PAC-MAN. Doodle ini begitu popular, kami membuat keputusan untuk memberikannya tempat yang kekal.

    Baca lagi

  • Doodle 4 Google 2010

    26/05/10

    Selepas lebih 33,000 penyertaan pelajar dan berjuta-juta undian dalam talian, kami dengan bangganya mengumumkan bahawa pelajar gred tiga, Makenzie Melton dari El Dorado Springs, Missouri, memenangi Peraduan Doodle For Google 2010.

    Baca lagi

  • Peribadikan Google.com

    2/06/10

    Kami melancarkan halaman utama peribadi Google.com yang membolehkan anda menyesuaikan imej latar belakang anda.

    Baca lagi

  • Kafeina

    8/06/10

    Kami melancarkan Kafeina, sistem pengindeksan baharu kami, yang menyediakan 50 peratus hasil carian lebih segar untuk carian web daripada indeks terakhir kami dan koleksi terbesar kandungan web yang kami pernah tawarkan.

    Baca lagi

  • Carian Masa Nyata

    26/08/10

    Kami memberikan Carian Masa Nyata halaman utama berasingannya yang baharu, bersama-sama dengan lebih banyak alat untuk meneroka dan penapisan hasil carian masa nyata.

    Baca lagi

  • Doodle Buckyball

    4/09/10

    Doodle interaktif kami memperingati ulang tahun ke-25 Buckyball.

  • Doodle Partikel

    6/09/10

    Membayangi pelancaran Google Semerta, kami menyiarkan doodle ini yang pantas, seronok dan interaktif: sama seperti pandangan kami terhadap carian!

  • Google Semerta

    8/09/10

    Kami melancarkan Google Semerta, penambahan carian baharu yang memaparkan hasil carian semasa anda menaip. Kini, anda tidak perlu menyelesaikan taipan istilah carian penuh anda ataupun menekan "Cari" untuk mendapatkan hasil carian. Anda boleh menggunakan perkataan yang dicadangkan sebagai maklum balas untuk membantu anda merumuskan istilah carian yang lebih baik dan menyesuaikan carian anda dengan cepat sehingga hasil carian sepadan dengan apa yang diingini.

    Baca lagi

  • Laporan Ketelusan

    20/09/10

    Laporan ketelusan interaktif kami membolehkan anda melihat pertanyaan kerajaan yang kami terima tentang pengguna, serta permintaan untuk memindah keluar atau menapis kandungan.

    Baca lagi

  • Doodle John Lennon

    9/10/10

    Cuba bayangkan: doodle beranimasi meraikan sambutan ulang tahun ke-70 John Lennon.

  • Selamat hari lahir kepada anda!

    16/10/10

    John Lennon, Norman Rockwell, Isaac Newton dan kini anda. Apabila anda memasukkan tarikh lahir dalam profil Google anda, halaman utama Google akan memaparkan doodle hanya untuk anda pada hari istimewa anda (cuma pastikan anda log masuk).

  • Carian Tempat

    27/10/10

    Kami melancarkan Carian Tempat, jenis carian setempat baharu yang menyusun maklumat mengenai tempat di dunia. Kini, apabila anda mencari maklumat setempat, anda melihat senarai tempat tertentu yang ditandakan dengan pin merah, jadi anda boleh memutuskan tempat yang anda ingin tujui dengan mudah. Carian Tempat juga menawarkan pautan yang lebih berkaitan pada satu halaman hasil carian dan menyediakan pautan kepada laman lain untuk mendapatkan maklumat lanjut—membantu anda mendapatkan tempat yang dicari dengan lebih cepat.

    Baca lagi

  • Pratonton Semerta

    9/11/10

    Kami melancarkan Pratonton Semerta, iaitu pratonton visual hasil carian yang membantu anda membuat pilihan tepat dengan cepat melalui paparan gambar web setiap pilihan dengan teks panggilan yang menyerlahkan istilah carian anda di halaman tersebut. Dengan mengklik sekali pada kanta pembesar dalam hasil carian anda, anda melihat pratonton semerta untuk tapak web itu. Selepas anda mengaktifkan Pratonton Semerta, anda boleh menuding pada mana-mana hasil carian lain untuk melihat pratonton yang berbeza.

    Baca lagi

  • Keputusan Secara Langsung NBA

    3/12/10

    Kami melontar, kami mendapat mata dengan NBA.com—-menyediakan skor perlawanan, jadual, kedudukan, pautan ke kemas kini langsung dan ringkasan masa nyata—kesemuanya dalam hasil carian anda.

    Baca lagi

  • Carian Tempat pada peranti mudah alih

    3/12/10

    Carian Tempat berciri mudah alih, membolehkan anda mencari [museums new york city] pada telefon pintar anda dan mendapatkan hasil carian web untuk Metropolitan Museum of Art, disertai komen dan ulasan—semuanya disusun rapi dalam satu kelompok.

    Baca lagi

  • Chrome Web Store

    7/12/10

    Kami membuka Kedai Web Chrome, gedung dalam talian tempat anda boleh mendapatkan beribu-ribu aplikasi, pelanjutan dan tema untuk Google Chrome. Di dalamnya, anda boleh mencari atau menyemak imbas melalui kategori yang berlainan dan halaman item individu, serta membaca dan menyumbang ulasan dan penarafan. Jika anda menggunakan berbilang komputer, anda boleh segerakkan apl, pelanjutan dan tema anda pada semua komputer anda menggunakan penyegerakan penyemak imbas.

    Baca lagi

  • Zeitgeist 2010

    9/12/10

    Kami merakamkan semangat 2010 melalui pengumpulan berbilion-bilion pertanyaan carian Google. Terokai Aliran, Peristiwa dan video ringkasan 2010. Berikut ialah sepuluh pertanyaan teratas yang paling cepat meningkat:

    1. chatroulette
    2. ipad
    3. justin bieber
    4. nicki minaj
    5. friv
    6. myxer
    7. katy perry
    8. twitter
    9. gamezer
    10. facebook
  • Google Semerta untuk mudah alih

    10/12/10

    Dalam usaha untuk menawarkan hasil carian web sepantas kilat untuk semua orang, kami melancarkan versi beta Google Semerta pada peranti mudah alih dalam lebih 28 bahasa dan di 40 buah negara di seluruh dunia.

    Baca lagi

  • Kemas Kini Carian Sosial

    17/02/11

    Kami mengumumkan kemas kini untuk Carian Sosial: Apabila anda log masuk ke akaun Google anda, anda kini boleh melihat hasil carian dan pautan yang dikongsi dari orang yang berhubung dengan anda di Twitter, Flickr, Blogger dan tapak umum lain—yang disepadukan melalui halaman hasil carian. Nama dan foto profil orang yang mengongsi atau menyiarkan maklumat ini dipaparkan di bawah hasil carian.

    Baca lagi

  • Paparan Resipi

    24/02/11

    Kami melancarkan paparan Resipi supaya anda boleh menyesuaikan hasil carian anda untuk memaparkan resipi sahaja, kemudian gunakan penarafan, bahan dan gambar yang ditandakan dengan jelas untuk memilih resipi yang betul. Anda juga boleh mencari resipi khusus seperti [biskut cip coklat], topik lebih terbuka seperti [strawberi], malah mencari resipi untuk hari cuti atau peristiwa, seperti [Cinco de Mayo]. Untuk pergi Paparan Resipi, klik pada pautan "Resipi" pada panel di sebelah kiri halaman hasil carian.

  • Profil Google Dipertingkatkan

    2/03/11

    Kami memberi wajah dan rasa baharu kepada Profil Google, memudahkan lagi anda mengawal dan memperkayakan profil awam anda. Dengan pergi ke profiles.google.com, anda boleh membuat profil yang paling sesuai menampilkan cara anda mahu dilihat oleh dunia.

    Baca lagi

  • Pratonton Semerta pada Peranti Mudah Alih

    8/03/11

    Kami melancarkan Pratonton Semerta pada peranti Mudah Alih. Serupa dengan versi desktop Pratonton Semerta, pratonton ini membolehkan anda membandingkan hasil carian secara visual dari gambar halaman web, memudahkan lagi untuk memilih hasil keputusan yang betul dengan lebih cepat.

    Baca lagi

  • Butang +1

    30/03/11

    Kami memperkenalkan butang +1, yang merupakan singkatan untuk "ini cukup hebat" atau "lihatlah ini". Klik butang +1 untuk membantu rakan, kenalan dan web selebihnya mencari bahan yang terbaik dalam carian Google. +1ku ini juga boleh membantu anda dengan menunjukkan anda cadangan yang betul mengenai topik yang anda minati, tepat pada masa anda memerlukannya—dalam hasil carian anda.

  • Doodle Charlie Chaplin

    15/04/11

    Bagi meraikan hari jadi ke-122 Sir Charles Spencer Chaplin, kami mencipta doodle video tindakan langsung kami yang pertama.

    Tontonlah sekarang

  • Imej Google dengan Pengisihan

    9/05/11

    Kami membenarkan pengguna mengisih mengikut subjek dalam Imej Google, jadi anda bukan sahaja boleh menyemak imbas topik secara visual tetapi mendapatkan imej tepat yang anda cari dengan mengklik Isih mengikut subjek pada panel di sebelah kiri untuk menyusun hasil carian dengan serta-merta.

    Baca lagi

  • Hari Lahir ke-96 Les Paul

    9/06/11

    Latih kemahiran bermain gitar dalam talian anda dengan doodle interaktif ini.

  • Halaman Semerta

    14/06/11

    Kami memperkenalkan Instant Pages, ciri baharu untuk membantu pengguna mendapatkan hasil carian yang diingini dengan lebih cepat lagi--malah secara serta-merta dalam beberapa kes! Ciri Instant Pages didayakan oleh teknologi pra-paparan yang kami sedang bina dalam Chrome dan kemudiannya dicetuskan dengan pintar oleh carian web bila kami benar-benar yakin mengenai hasil carian mana satu yang menjadi jawapan terbaik untuk carian anda.

  • Carian Suara

    14/06/11

    Kami memperkenalkan carian suara buat pertama kali pada komputer. Selain menaip, anda boleh mengklik ikon mikrofon untuk menyebutkan carian anda dan menjumpai apa jua yang anda cari. Apa sahaja yang anda fikirkan, sama ada cuaca, masa tayangan filem atau sesuatu yang anda tahu cara untuk menyebutnya tetapi tidak tahu cara mengejanya, seperti resipi mozarela bolognis - jika anda boleh menyebutnya, maka anda boleh mencarinya.

  • Cari melalui Imej

    14/06/11

    Kami memperkenalkan kebolehan untuk mencari mengikut imej. Kini anda boleh menggunakan foto anda sendiri dan imej dari web untuk memulakan carian anda di Google. Bila anda mencari mengikut imej, anda akan melihat hasil carian yang menunjukkan tempat imej tersebut dan imej yang serupa muncul di web. Kami akan menunjukkan kepada anda halaman web yang mengandungi imej tersebut atau mencari imej yang sama dalam saiz atau resolusi yang berbeza.

  • Carian Penerbangan

    13/09/11

    Kami melancarkan Carian Penerbangan, alat baharu untuk meneroka pilihan perjalanan dan merancang perjalanan anda. Dengan Carian Penerbangan, anda boleh lihat senarai mudah diimbas penerbangan yang sesuai. Tidak pasti ke mana anda ingin melancong? Carian penerbangan boleh membantu anda meneroka pilihan dan destinasi perjalanan anda. Pilih bandar berlepas dan anda boleh melayari seluruh peta untuk mencari pilihan tiket bagi pelbagai destinasi. Carian penerbangan juga akan membantu anda melihat tarikh yang akan memberikan anda harga yang rendah.

    Baca lagi

  • Orang dan halaman berkaitan

    10/01/12

    Kami memperkenalkan orang dan halaman yang berkaitan dalam carian, yang membolehkan anda bertemu orang dan juga jenama yang berkaitan dengan carian anda dan berhubung dengan menambahkan mereka pada kalangan anda.

  • Profil dalam carian

    10/01/12

    Sebagai sebahagian daripada Carian serta Dunia Anda, kami melancarkan profil dalam carian, ciri yang membolehkan anda mencari orang dengan lebih cepat dengan melihat profil Google mereka muncul sebaik sahaja anda menaip nama mereka dalam carian. Dengan membuat profil Google dan menjadikannya kelihatan dalam carian, anda membolehkan Google memaparkan kandungan yang paling berkaitan tentang anda.

  • Hasil carian peribadi

    10/01/12

    Kami melancarkan hasil carian peribadi sebagai ciri Carian serta Dunia Anda. Dengan hasil carian peribadi, anda dapat melihat petua, foto dan siaran yang berkaitan daripada rakan anda, terus di sebelah hasil carian dari web. Hasil carian peribadi ditandakan dengan ikon supaya anda tahu hasil tersebut hanya untuk anda. Oleh sebab hasil carian ini peribadi dan tertutup, anda perlu dilog masuk ke Google untuk melihatnya.

  1. 1997
    • Google Search dilancarkan

      Google Search dilancarkan

  2. 1998
    • Doodle Pertama

      Doodle Pertama

  3. 2000
    • Bahasa

      Bahasa

    • Indeks Carian

      Indeks Carian

    • Bahasa

      Bahasa

    • Bar Alat Google

      Bar Alat Google

  4. 2001
    • Bahasa

      Bahasa

    • Carian Imej Google

      Carian Imej Google

    • Indeks Carian

      Indeks Carian

    • Zeitgeist 2001

      Zeitgeist 2001

  5. 2002
    • Berita Google

      Berita Google

    • Zeitgeist 2002

      Zeitgeist 2002

    • Froogle

      Froogle

  6. 2003
    • Zeitgeist 2003

      Zeitgeist 2003

  7. 2004
    • Indeks Carian

      Indeks Carian

    • Gmail

      Gmail

    • Carian SMS pada peranti Mudah Alih

      Carian SMS pada peranti Mudah Alih

    • Ilmiawan Google

      Ilmiawan Google

    • Carian Desktop Google

      Carian Desktop Google

    • Indeks Carian

      Indeks Carian

    • Carian Buku Google

      Carian Buku Google

    • Zeitgeist 2004

      Zeitgeist 2004

  8. 2005
    • Video Google

      Video Google

    • Indeks Carian Imej

      Indeks Carian Imej

    • iGoogle

      iGoogle

    • Terjemahan Google

      Terjemahan Google

    • Carian Blog Google

      Carian Blog Google

    • Zeitgeist 2005

      Zeitgeist 2005

  9. 2006
    • Google Finance

      Google Finance

    • Aliran

      Aliran

    • Carian Peribadi Google

      Carian Peribadi Google

    • Carian Paten

      Carian Paten

    • Zeitgeist 2006

      Zeitgeist 2006

  10. 2007
    • Carian Universal

      Carian Universal

    • Zeitgeist 2007

      Zeitgeist 2007

  11. 2008
    • Terjemahan Google

      Terjemahan Google

    • Doodle 4 Google 2008

      Doodle 4 Google 2008

    • Carian Tapak Google

      Carian Tapak Google

    • Knol

      Knol

    • Indeks Carian

      Indeks Carian

    • Cadangan Google

      Cadangan Google

    • Penyemak Imbas Google Chrome

      Penyemak Imbas Google Chrome

    • Hari Lahir ke-10 Google

      Hari Lahir ke-10 Google

    • Projek 10^100

      Projek 10^100

    • Zeitgeist 2008

      Zeitgeist 2008

  12. 2009
    • Terjemahan Google

      Terjemahan Google

    • Profil Google

      Profil Google

    • Pilihan Carian Google

      Pilihan Carian Google

    • Doodle 4 Google 2009

      Doodle 4 Google 2009

    • Terjemahan Google

      Terjemahan Google

    • Carian Sosial

      Carian Sosial

    • Google Dashboard

      Google Dashboard

    • Zeitgeist 2009

      Zeitgeist 2009

    • Google Goggles

      Google Goggles

    • Carian Masa Nyata

      Carian Masa Nyata

  13. 2010
    • Hari Lahir Sir Isaac Newton

      Hari Lahir Sir Isaac Newton

    • Cinta Orang Paris

      Cinta Orang Paris

    • Topeka

      Topeka

    • Paparan yang menyegarkan untuk Hasil Carian

      Paparan yang menyegarkan untuk Hasil Carian

    • Doodle PAC-MAN

      Doodle PAC-MAN

    • Doodle 4 Google 2010

      Doodle 4 Google 2010

    • Peribadikan Google.com

      Peribadikan Google.com

    • Kafeina

      Kafeina

    • Carian Masa Nyata

      Carian Masa Nyata

    • Doodle Buckyball

      Doodle Buckyball

    • Doodle Partikel

      Doodle Partikel

    • Google Semerta

      Google Semerta

    • Laporan Ketelusan

      Laporan Ketelusan

    • Doodle John Lennon

      Doodle John Lennon

    • Selamat hari lahir kepada anda!

      Selamat hari lahir kepada anda!

    • Carian Tempat

      Carian Tempat

    • Pratonton Semerta

      Pratonton Semerta

    • Keputusan Secara Langsung NBA

      Keputusan Secara Langsung NBA

    • Carian Tempat pada peranti mudah alih

      Carian Tempat pada peranti mudah alih

    • Chrome Web Store

      Chrome Web Store

    • Zeitgeist 2010

      Zeitgeist 2010

    • Google Semerta untuk mudah alih

      Google Semerta untuk mudah alih

  14. 2011
    • Kemas Kini Carian Sosial

      Kemas Kini Carian Sosial

    • Paparan Resipi

      Paparan Resipi

    • Profil Google Dipertingkatkan

      Profil Google Dipertingkatkan

    • Pratonton Semerta pada Peranti Mudah Alih

      Pratonton Semerta pada Peranti Mudah Alih

    • Butang +1

      Butang +1

    • Doodle Charlie Chaplin

      Doodle Charlie Chaplin

    • Imej Google dengan Pengisihan

      Imej Google dengan Pengisihan

    • Hari Lahir ke-96 Les Paul

      Hari Lahir ke-96 Les Paul

    • Halaman Semerta

      Halaman Semerta

    • Carian Suara

      Carian Suara

    • Cari melalui Imej

      Cari melalui Imej

    • Carian Penerbangan

      Carian Penerbangan

  15. 2012
    • Orang dan halaman berkaitan

      Orang dan halaman berkaitan

    • Profil dalam carian

      Profil dalam carian

    • Hasil carian peribadi

      Hasil carian peribadi