Keselamatan yang lebih kukuh untuk Akaun Google anda

Dengan Pengesahan 2 Langkah, anda akan melindungi akaun anda dengan kata laluan dan juga telefon anda

Mengapa anda memerlukannya

Sebenarnya, lebih mudah daripada yang anda fikir bagi seseorang untuk mencuri kata laluan anda

why-need-img-1

Sebenarnya, lebih mudah daripada yang anda fikir bagi seseorang untuk mencuri kata laluan anda

Sebarang tindakan biasa ini boleh meletakkan anda dalam risiko kata laluan anda dicuri:

  • Menggunakan kata laluan yang sama pada lebih daripada satu tapak
  • Memuat turun perisian dari Internet
  • Mengklik pada pautan dalam mesej e-mel

Pengesahan 2 Langkah boleh membantu mencegah penjahat daripada melog masuk, walaupun mereka mempunyai kata laluan anda.

Bayangkan kehilangan akses kepada akaun anda dan segala di dalamnya

Apabila seorang penjahat mencuri kata laluan anda, mereka boleh menghalang anda memasuki akaun anda dan kemudian melakukan beberapa perkara berikut:

  • Meneliti – atau malah memadamkan – semua e-mel, kenalan, foto anda, dll.
  • Menyamar menjadi anda dan menghantar e-mel yang tidak diingini atau berbahaya kepada kenalan anda
  • Menggunakan akaun anda untuk menetapkan semula kata laluan untuk akaun anda yang lain (perbankan, beli-belah dll.)
why-need-img-2

Cara ciri berfungsi

Melog masuk ke akaun anda akan menjadi sedikit berbeza

how-works-img-1

Melog masuk ke akaun anda akan menjadi sedikit berbeza

Kekalkan log masuk mudah

Semasa melog masuk, anda boleh memilih untuk tidak menggunakan Pengesahan 2 Langkah lagi pada . Mulai saat itu, komputer itu hanya akan meminta kata laluan anda apabila anda melog masuk.

Anda masih dilindungi, kerana apabila anda atau orang lain cuba melog masuk ke akaun anda dari , Pengesahan 2 Langkah akan diperlukan.

how-works-img-2

Bagaimana ciri melindungi anda

Lapisan keselamatan tambahan

Kata laluan anda Pengesahan 2 Langkah

Lapisan keselamatan tambahan

Kebanyakan orang hanya mempunyai satu lapisan – kata laluan mereka – untuk melindungi akaun mereka. Dengan Pengesahan 2 Langkah, jika orang berniat jahat cuba menggodam untuk menembusi lapisan kata laluan anda, orang itu masih memerlukan telefon atau Kunci Keselamatan anda untuk masuk ke akaun anda.

Log masuk akan memerlukan sesuatu yang anda ketahui dan sesuatu yang anda miliki

Dengan Pengesahan 2 Langkah, anda dapat melindungi akaun anda dengan sesuatu yang anda ketahui (kata laluan anda) dan sesuatu yang anda miliki (telefon anda atau Kunci Keselamatan).

how-protects-img-2
how-protects-img-2

Kod pengesahan dibuat hanya untuk anda

Kod direka secara unik untuk akaun anda apabila anda memerlukan kod itu. Jika anda memilih untuk menggunakan kod pengesahan, kod itu akan dihantar ke telefon anda melalui sms teks, panggilan suara atau apl mudah alih kami. Setiap kod hanya boleh digunakan sekali sahaja.

Lihat Ciri untuk mengetahui tentang pilihan sandaran bagi masa apabila telefon anda tidak tersedia.

Bersedia untuk menetapkan Pengesahan 2 Langkah untuk akaun anda? Kami mengesyorkan anda berbuat demikian dari komputer riba atau komputer desktop anda untuk pengalaman pendaftaran yang terbaik.