Laman UtamaALL / PHP • Mata wang
add
ALL / PHP
Tutup sebelumnya
0.73
Berita pasaran
Perihal Lek Albania
Lek Albania atau dalam bahasa Albania Lekë ialah mata wang rasmi Albania yang setiap unitnya dibahagi menjadi 100 qindarka.
Mata wang ini yang pertama kali digunakan sejak tahun 1912 berasal dari mata wang Uthmaniyyah. Nama lek berasal dari Alexander Agung. Nama qindarkë berasal dari perkataan Albania qind. WikipediaPerihal Peso Filipina
Peso Filipina ialah mata wang Filipina. Ia dibahagikan kepada 100 centavos atau sentimo. Sebelum 1967, bahasa yang digunakan pada nota bank dan duit syiling Filipina ialah bahasa Inggeris and oleh it, "peso" ialah nama yang digunakan. Bahasa yang digunakannya kemudian ditukarkan kepada bahasa Pilipino dan oleh itu, nama yang digunakan pada nota bank dan duit syiling sekarang ialah piso.
Peso biasa dilambangkan oleh simbol "". Simbol ini dimasukkan ke dalam piawai Unikod sejak Versi 3.2 dan diperuntukkan
U+20B1. Cara menulis simbol Peso Filipina yang lain termasuk "PHP", "PhP", "P", atau "P" yang masih merupakah kaedah yang paling umum kerana simbol Peso Unikod masih tidak disokong oleh fon-fon utama dan/atau pelantar silang.
Duit-duit syiling ditempa di Bank Pusat Filipina dengan nota bank, pasport, buku rekod pengenalan pelaut, hak milik tanah, cek, kertas undi rasmi, keputusan pilihan raya, buku simpanan, kiriman wang, setem hasil, bond kerajaan, dan dokumen-dokumen pemerintahan yang lain dicetak, baik di Kompleks Loji Keselamatan ataupun di Jabatan Percetakan Negara. Wikipedia