Laman UtamaGBP / RUB • Mata wang
add
GBP / RUB
Tutup sebelumnya
101.41
Berita pasaran
Perihal Paun British
Paun sterling, dibahagikan kepada 100 penny, merupakan mata wang United Kingdom, Wilayah Luar Negeri British dan Wilayah Tanggungan Mahkota. Paun merupakan mata unit utama bagi kepingan wang sterling.
Paun sterling merupakan mata wang berterusan yang tertua di dunia sejak mula diperkenalkan. Pada tahun 2022, sterling merupakan mata wang keempat paling banyak didagangkan dalam pasaran pertukaran asing di dunia selepas Dolar Amerika Syarikat, Euro dan Yen Jepun. Bersama-sama dengan tiga mata wang tersebut dan renminbi, mereka membentuk bakul mata wang yang menghitung nilai hak pengeluaran khas Tabung Kewangan Antarabangsa. Setakat lewat tahun 2022, sterling juga merupakan mata wang rizab keempat paling banyak dipegang dalam rizab sejagat.
Bank England ialah bank pusat bagi sterling, mengeluarkan mata wangnya yang tersendiri dan mengawal selia penerbitan wang kertas di bank-bank swasta di Scotland dan Ireland Utara. Wang kertas sterling juga dikeluarkan oleh pihak berkuasa lain di luar pengawalseliaan Bank England; pihak kerajaan lain itu akan menjamin kebolehtukarannya adalah setara. WikipediaPerihal Rubel Rusia
Rubel adalah mata wang Persekutuan Rusia dan Belarus. Satu rubel dibagikan kepada 100 kopek.
Rubel merupakan mata wang Rusia selama beberapa abad. Pembuatan duit syiling rubel bermula pada tahun 1704. Rubel yang pertama adalah perak. Pada abad ke-19, beberapa kepingan duit rubel bersifat platinum. Rubel jenis emas diperkenalkan pada 1897 dan mempunyai berat setara dengan 0.774235 g emas. Rubel pada era Soviet tahun 1961 mempunyai berat setara dengan 0.987412 g emas. Kini, mata wang rubel tidak lagi mempunyai kaitan dengan emas.
10 rubel kadangkala dipanggil chervonets, dan 100 rubel kadangkala dipanggil palochka.
Semua wang kertas Rusia dicetak oleh percetakan milik pemerintah, Goznak, yang didirikan pada 6 Jun 1919 dan masih beroperasi hingga sekarang.
Kod mata wang ISO 4217 untuk Rubel Rusia saat ini adalah RUB; kod sebelumnya, RUR, merujuk kepada mata wang sebelum denominasi 1997. Wikipedia