Laman UtamaILS / LBP • Mata wang
add
ILS / LBP
Tutup sebelumnya
29,899.70
Berita pasaran
EUR / USD
0.042%
Perihal Syekel Baharu Israel
Sheqel/Shekel/Syikal Baru Israel atau ringkasnya sheqel/shekel/syikal Israel merupakan mata wang dipakai di entiti negara Israel serta wilayah Gaza dan Tebing Barat Palestin taklukannya. Mata wang ini menggantikan unit syikal lama pada tahun 1985 dengan kadar 1000 sheqel lama = 1 sheqel baru. Sheqel baru ini dibahagikan kepada 100 agora.
"Sheqel" sekembar Semitik dengan kata Arab: ثِقْل, rumi: thiql "bebanan; muatan" sekaligus seakar nama unit timbangan miskal. Dalam Bahasa Ibrani, Sheqel baru ini biasanya disingkatkan kepada ש"ח. Simbol Sheqel baru ₪, merupakan gabungan huruf pertama perkataan sheqel dan ḥadash. Namun simbol ini terbukti tidak popular, dan singkatan dua huruf adalah lebih banyak digunakan. WikipediaPerihal Paun Lubnan
Paun atau lira merupakan mata wang Lubnan. Ia dahulunya dibahagikan kepada 100 piastres tetapi kerana inflasi yang tinggi semasa Perang Saudara Lubnan penggunaan subunit telah dihentikan. Wikipedia