Laman UtamaJPY / ARS • Mata wang
add
JPY / ARS
Tutup sebelumnya
8.87
Berita pasaran
Perihal Yen Jepun
Yen merupakan unit mata wang yang digunakan secara rasmi di Jepun. Ia merupakan mata wang ketiga yang paling didagangkan selepas dolar Amerika Syarikat dan Euro. Mata wang ini turut digunakan sebagai suatu mata wang rizab selain dolar AS, euro dan paun sterling.
Yen diperkenalkan ketika Zaman Meiji sebagai suatu proses keseragaman mata wang menggantikan sistem wang yang rumit yang diperkenalkan pemerintah-pemerintah feudal sekitar Jepun sejak Zaman Edo. Akta Mata Wang Baru tahun 1871 menetapkan penggunaan sistem akaun perpuluhan untuk mata wang yen, sen, dan rin, dengan duit syiling yang dikilang dalam bentuk bulat, seperti di Barat. Unit yen ditetapkan pada nilai 0.8667 auns troy perak dan kadar ini masih berkuat kuasa hingga kini. WikipediaPerihal Peso Argentina
Peso Argentina adalah mata wang rasmi negara Argentina. Simbol yang digunakan ialah "$" dan ia terbahagi kepada 100 centavo.
Matawang kertasnya terdiri dari denominasi 10, 20, 50, 100, 200, 500 dan 1000 peso. Matawang syilingnya yang pula termasuk duit bernilai $10, $5, $2, $1, 0.50, 0.25, 0.10 dan 0.05. Wikipedia