Laman UtamaRUB / XPF • Mata wang
add
RUB / XPF
Tutup sebelumnya
1.32
Berita pasaran
Perihal Rubel Rusia
Rubel adalah mata wang Persekutuan Rusia dan Belarus. Satu rubel dibagikan kepada 100 kopek.
Rubel merupakan mata wang Rusia selama beberapa abad. Pembuatan duit syiling rubel bermula pada tahun 1704. Rubel yang pertama adalah perak. Pada abad ke-19, beberapa kepingan duit rubel bersifat platinum. Rubel jenis emas diperkenalkan pada 1897 dan mempunyai berat setara dengan 0.774235 g emas. Rubel pada era Soviet tahun 1961 mempunyai berat setara dengan 0.987412 g emas. Kini, mata wang rubel tidak lagi mempunyai kaitan dengan emas.
10 rubel kadangkala dipanggil chervonets, dan 100 rubel kadangkala dipanggil palochka.
Semua wang kertas Rusia dicetak oleh percetakan milik pemerintah, Goznak, yang didirikan pada 6 Jun 1919 dan masih beroperasi hingga sekarang.
Kod mata wang ISO 4217 untuk Rubel Rusia saat ini adalah RUB; kod sebelumnya, RUR, merujuk kepada mata wang sebelum denominasi 1997. WikipediaPerihal Franc CFP
Franc CFP ialah mata wang yang digunakan di jajahan seberang laut Perancis Polinesia Perancis, New Caledonia dengan Wallis dan Futuna. Singkatan CFP asalnya bermaksud Colonies Françaises du Pacifique. Ini kemudian diubah kepada Communauté Financière du Pacifique dan kemudian kepada istilah kininya, Change Franc Pacifique. Kod mata wang ISO 4217 franc CFP ialah XPF. Ordinan pada 15 September 2021, yang mula berkuat kuasa pada 26 Februari 2022, mentakrifkan nama franc CFP sebagai "franc komuniti Perancis di Pasifik". Wikipedia