Laman UtamaTOP / JPY • Mata wang
add
TOP / JPY
Tutup sebelumnya
66.44
Berita pasaran
Perihal Pa’anga Tonga
Paʻanga adalah mata wang Tonga. Ia dikendalikan oleh Bank Rizab Negara Tonga di Nukuʻalofa.
1 paʻ anga dibahagikan kepada 100 seniti. Walau bagaimanapun, mata wang ini tidak boleh ditukar sebaliknya dipancang kepada mata-mata wang asing tertentu iaitu dolar-dolar Australia, New Zealand, dan Amerika Syarikat serta yen Jepun. WikipediaPerihal Yen Jepun
Yen merupakan unit mata wang yang digunakan secara rasmi di Jepun. Ia merupakan mata wang ketiga yang paling didagangkan selepas dolar Amerika Syarikat dan Euro. Mata wang ini turut digunakan sebagai suatu mata wang rizab selain dolar AS, euro dan paun sterling.
Yen diperkenalkan ketika Zaman Meiji sebagai suatu proses keseragaman mata wang menggantikan sistem wang yang rumit yang diperkenalkan pemerintah-pemerintah feudal sekitar Jepun sejak Zaman Edo. Akta Mata Wang Baru tahun 1871 menetapkan penggunaan sistem akaun perpuluhan untuk mata wang yen, sen, dan rin, dengan duit syiling yang dikilang dalam bentuk bulat, seperti di Barat. Unit yen ditetapkan pada nilai 0.8667 auns troy perak dan kadar ini masih berkuat kuasa hingga kini. Wikipedia