Selamat datang ke Dasar Privasi Google

Apabila anda menggunakan perkhidmatan Google, anda mempercayai kami untuk mengendalikan maklumat anda. Dasar Privasi ini bertujuan untuk membantu anda memahami jenis data yang kami kumpulkan, mengapa kami mengumpulnya dan perkara yang kami lakukan dengannya. Maklumat ini penting; kami berharap anda dapat meluangkan masa untuk membacanya dengan teliti. Jangan lupa, anda boleh menemui kawalan untuk mengurus maklumat anda dan melindungi privasi serta keselamatan anda di Akaun Saya.

Dasar Privasi

Sembunyikan contoh
Tunjukkan contoh
Sembunyikan contoh

Yang terakhir diubah suai: 17 April 2017 (lihat versi yang diarkibkan) (Contoh melalui hiperpautan disediakan di akhir dokumen ini.)

Muat turun versi PDF

Terdapat pelbagai cara untuk anda menggunakan perkhidmatan kami – untuk mencari dan berkongsi maklumat, untuk berhubung dengan orang lain atau untuk mencipta kandungan baharu. Apabila anda berkongsi maklumat dengan kami, contohnya dengan mencipta Akaun Google, kami boleh menambahbaik perkhidmatan tersebut – untuk memaparkan kepada anda hasil carian yang lebih berkaitan dan iklan untuk membantu anda berhubung dengan orang atau untuk menjadikan perkongsian dengan orang lain lebih cepat dan lebih mudah. Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, kami ingin anda memahami cara kami menggunakan maklumat dan cara anda boleh melindungi privasi anda.

Dasar Privasi kami menerangkan:

  • Maklumat apa yang kami kumpulkan dan sebab kami mengumpulnya.
  • Bagaimana kami menggunakan maklumat tersebut.
  • Pilihan yang kami tawarkan, termasuk bagaimana mengakses dan mengemaskinikan maklumat.

Kami telah cuba untuk mengekalkannya semudah yang boleh, tetapi jika anda tidak biasa dengan istilah seperti kuki, alamat IP, teg piksel dan penyemak imbas, anda patut membaca mengenai istilah utama ini terlebih dahulu. Privasi anda penting bagi Google, oleh itu sama ada anda baru menggunakan Google atau pengguna lama, sila luangkan masa untuk memahami amalan-amalan kami – dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi kami.

Maklumat yang kami kumpul

Kami mengumpul maklumat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada semua pengguna kami – daripada memikirkan perkara asas seperti bahasa apa yang anda gunakan hinggalah kepada perkara yang lebih rumit seperti iklan mana yang anda dapati paling berguna, orang yang paling penting bagi anda di dalam talian, atau video YouTube yang anda mungkin suka.

Kami mengumpulkan maklumat dengan cara-cara berikut:

  • Maklumat yang anda berikan kepada kami. Contohnya, banyak perkhidmatan kami memerlukan anda mendaftar untuk memiliki Akaun Google. Apabila anda mendaftar, kami akan meminta maklumat peribadi, seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon atau kad kredit anda untuk disimpan dengan akaun anda. Jika anda ingin memanfaatkan sepenuhnya ciri perkongsian yang kami tawarkan, kami mungkin turut meminta anda mencipta Profil Google yang boleh dilihat secara terbuka, yang mungkin termasuk nama dan gambar anda.

  • Maklumat yang kami peroleh daripada penggunaan perkhidmatan kami oleh anda. Kami mengumpulkan maklumat mengenai perkhidmatan yang anda gunakan dan cara anda menggunakan perkhidmatan itu, seperti apabila anda menonton video di YouTube, melawat tapak web yang menggunakan perkhidmatan pengiklanan kami atau melihat dan berinteraksi dengan iklan dan kandungan kami. Maklumat ini termasuk:

    • Maklumat peranti

      Kami mengumpul maklumat khusus peranti (seperti model perkakasan anda, versi sistem pengendalian, pengecam peranti unik dan maklumat rangkaian mudah alih termasuk nombor telefon). Google mungkin mengaitkan pengecam peranti atau nombor telefon anda dengan Akaun Google anda.

    • Maklumat log

      Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami atau melihat kandungan yang disediakan oleh Google, kami mengumpul dan menyimpan maklumat tertentu secara automatik dalam log pelayan. Ini termasuk:

      • butiran tentang cara anda menggunakan perkhidmatan kami, seperti pertanyaan carian anda.
      • maklumat log telefoni seperti nombor telefon anda, nombor pihak yang memanggil, nombor ajuan, masa dan tarikh panggilan, tempoh panggilan, maklumat penghalaan SMS dan jenis panggilan.
      • Alamat protokol Internet.
      • maklumat acara peranti seperti keranapan, aktiviti sistem, tetapan perkakasan, jenis pelayar, bahasa pelayar, tarikh dan masa permintaan anda dan URL rujukan.
      • kuki yang mungkin mengenal pasti dengan unik pelayar anda atau Akaun Google anda.
    • Maklumat lokasi

      Apabila anda menggunakan perkhidmatan Google, kami mungkin mengumpul dan memproses maklumat tentang lokasi sebenar anda. Kami menggunakan pelbagai teknologi untuk menentukan lokasi, termasuk alamat IP, GPS dan penderia lain yang mungkin, sebagai contoh, memberi Google maklumat mengenai peranti-peranti berdekatan, pusat akses Wi-Fi dan menara selular.

    • Nombor aplikasi unik

      Perkhidmatan tertentu termasuk nombor aplikasi unik. Nombor dan maklumat mengenai pemasangan anda ini (contohnya, jenis sistem pengendalian dan nombor versi aplikasi) mungkin dihantar kepada Google apabila anda memasang atau menyahpasang perkhidmatan tersebut atau apabila perkhidmatan tersebut menghubungi pelayan kami secara berkala, seperti untuk mendapatkan kemas kini automatik.

    • Storan setempat

      Kami mungkin mengumpul dan menyimpan maklumat (termasuk maklumat peribadi) secara tempatan pada peranti anda menggunakan mekanisme seperti storan pelayar web (termasuk HTML 5) dan cache data aplikasi.

    • Kuki dan teknologi yang serupa

      Kami dan rakan kongsi kami menggunakan pelbagai teknologi untuk mengumpul dan menyimpan maklumat apabila anda melawat perkhidmatan Google. Ini mungkin termasuk menggunakan kuki atau teknologi yang serupa untuk mengecam penyemak imbas atau peranti anda. Kami turut menggunakan teknologi ini untuk mengumpul dan menyimpan maklumat apabila anda berinteraksi dengan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada rakan kongsi kami, seperti perkhidmatan pengiklanan atau ciri Google yang mungkin terpapar pada tapak lain. Produk Google Analitis kami membantu perniagaan dan pemilik tapak menganalisis trafik ke tapak web dan aplikasi mereka. Apabila digunakan bersama-sama dengan perkhidmatan pengiklanan kami, seperti perkhidmatan yang menggunakan kuki DoubleClick, maklumat Google Analitis dipaut, oleh pelanggan Google Analitis atau Google, menggunakan teknologi Google, dengan maklumat tentang lawatan ke berbilang tapak.

Maklumat yang kami kumpulkan apabila anda log masuk ke Google, sebagai tambahan kepada maklumat yang kami peroleh tentang anda daripada rakan kongsi, mungkin berkaitan dengan Akaun Google anda. Apabila maklumat itu dikaitkan dengan Akaun Google anda, kami menganggap maklumat itu sebagai maklumat peribadi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara anda dapat mengakses, mengurus atau memadamkan maklumat yang dikaitkan dengan Akaun Google anda, lawati bahagian Ketelusan dan pilihan dalam dasar ini.

Bagaimana kami mengguna maklumat yang kami kumpul

Kami menggunakan maklumat yang kami kumpul daripada semua perkhidmatan kami untuk menyediakan, mengekalkan, melindungi dan menambah baik perkhidmatan tersebut, untuk membangunkan perkhidmatan baharu dan untuk melindungi Google dan pengguna kami. Kami turut mengguna maklumat ini untuk menawar kepada anda kandungan yang telah disesuaikan – seperti memberikan anda hasil carian dan iklan yang lebih berkaitan.

Kami mungkin menggunakan nama yang anda beri untuk Profil Google anda merentasi semua perkhidmatan yang kami tawarkan yang memerlukan Akaun Google. Di samping itu, kami mungkin mengganti nama terdahulu berkaitan dengan Akaun Google anda supaya anda diwakili secara tekal merentasi semua perkhidmatan kami. Jika pengguna lain sudah mempunyai e-mel anda atau maklumat lain yang mengenal pasti anda, kami mungkin menunjukkan kepada mereka maklumat Profil Google anda yang boleh dilihat secara terbuka, seperti nama dan gambar anda.

Jika anda mempunyai Akaun Google, kami boleh memaparkan Nama profil, Foto profil dan tindakan yang anda ambil di Google atau aplikasi pihak ketiga yang dihubungkan ke Akaun Google anda (seperti +1ku, ulasan yang anda tulis dan komen yang anda siarkan) dalam perkhidmatan kami, termasuk paparan dalam iklan dan konteks komersil yang lain. Kami akan menghormati pilihan anda mengenai pengehadan tetapan perkongsian dan keterlihatan dalam Akaun Google anda.

Apabila anda menghubungi Google, kami menyimpan rekod komunikasi anda untuk membantu menyelesaikan apa-apa isu yang mungkin anda hadapi. Kami mungkin mengguna alamat e-mel anda untuk memberitahu anda mengenai perkhidmatan kami, seperti memberitahu anda mengenai perubahan atau pembaikan yang akan berlaku.

Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan daripada kuki dan teknologi lain, seperti teg piksel, untuk mempertingkatkan pengalaman pengguna anda dan mutu keseluruhan perkhidmatan kami. Salah satu produk yang kami gunakan untuk melakukan tindakan ini pada perkhidmatan kami sendiri ialah Google Analitis. Contohnya, dengan menyimpan pilihan bahasa anda, kami boleh memaparkan perkhidmatan kami dalam bahasa pilihan anda. Apabila memaparkan iklan yang tersuai kepada anda, kami tidak akan mengaitkan pengecam daripada kuki atau teknologi yang serupa dengan kategori yang sensitif, seperti perkara yang berdasarkan bangsa, agama, orientasi seksual atau kesihatan.

Sistem automatik kami menganalisis kandungan anda (termasuk e-mel) untuk memberikan anda ciri-ciri produk yang berkaitan secara peribadi, seperti hasil carian tersuai, pengiklanan diperibadikan dan pengesanan spam serta perisian hasad.

Kami mungkin menggabungkan maklumat peribadi daripada satu perkhidmatan dengan maklumat, termasuk maklumat peribadi, daripada perkhidmatan Google yang lain – contohnya, agar anda lebih mudah berkongsi dengan orang yang anda kenali. Bergantung pada tetapan akaun anda, aktiviti anda di tapak dan pada apl yang lain mungkin dikaitkan dengan maklumat peribadi anda untuk memperbaikkan perkhidmatan Google dan iklan yang diterbitkan oleh Google.

Kami akan meminta keizinan anda sebelum mengguna maklumat untuk tujuan selain yang telah dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

Google memproses maklumat peribadi pada pelayan kami di banyak negara di seluruh dunia. Kami mungkin memproses maklumat peribadi anda pada pelayan yang berada di luar negara tempat tinggal anda.

Ketelusan dan pilihan

Setiap orang mempunyai kebimbangan privasi yang berbeza. Matlamat kami adalah untuk menyatakan dengan jelas tentang jenis maklumat yang kami kumpulkan supaya anda boleh membuat pilihan yang bermakna tentang cara maklumat tersebut digunakan. Contohnya, anda boleh:

  • Semak dan kemas kini kawalan aktiviti Google anda untuk menentukan jenis data, seperti video yang anda tonton di YouTube atau carian lalu, yang ingin anda simpan menggunakan akaun anda semasa menggunakan perkhidmatan Google. Anda turut boleh melawati kawalan ini untuk mengurus sama ada aktiviti tertentu disimpan dalam kuki atau teknologi yang serupa pada peranti apabila anda menggunakan perkhidmatan kami semasa dilog keluar daripada akaun anda.
  • Menyemak semula dan mengawal jenis maklumat tertentu yang terikat kepada Akaun Google anda dengan menggunakan Google Dashboard.
  • Lihat dan edit pilihan anda tentang iklan Google yang dipaparkan kepada anda di Google dan di seluruh web, seperti kategori iklan yang mungkin menarik minat anda, menggunakan Tetapan Iklan. Anda juga boleh melawati halaman itu untuk menarik diri daripada perkhidmatan pengiklanan Google yang tertentu.
  • Laraskan cara Profil yang dikaitkan dengan Akaun Google anda dipaparkan kepada orang lain.
  • Kawal dengan siapa anda berkongsi maklumat melalui Akaun Google anda.
  • Ambil maklumat yang dikaitkan dengan Akaun Google anda daripada banyak perkhidmatan kami.
  • Memilih sama ada Nama profil dan Foto profil anda dipaparkan pada pengendorsan dikongsi yang tersiar dalam iklan.

Anda turut boleh menetapkan penyemak imbas anda untuk menyekat semua kuki, termasuk kuki yang dikaitkan dengan perkhidmatan kami, atau untuk menunjukkan apabila kuki ditetapkan oleh kami. Bagaimanapun, adalah penting untuk anda mengingat bahawa banyak perkhidmatan kami mungkin tidak akan berfungsi dengan baik jika kuki anda dilumpuhkan. Contohnya, kami mungkin tidak ingat pilihan bahasa anda.

Maklumat yang anda kongsi

Banyak perkhidmatan kami membolehkan anda berkongsi maklumat dengan orang lain. Ingat bahawa apabila anda berkongsi maklumat secara terbuka, maklumat tersebut mungkin boleh diindeks oleh enjin carian, termasuk Google. Perkhidmatan kami menyediakan pilihan berbeza tentang perkongsian dan pemindahan keluar kandungan anda.

Pengaksesan dan Pengemaskinian maklumat peribadi anda

Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, matlamat kami adalah untuk menyediakan akses kepada maklumat peribadi anda. Jika maklumat tersebut salah, kami berusaha untuk memberi anda cara mengemas kini maklumat tersebut dengan cepat atau untuk memadamkannya – kecuali jika kami perlu menyimpan maklumat tersebut untuk tujuan perniagaan yang sah atau untuk tujuan undang-undang. Apabila mengemas kini maklumat peribadi anda, kami mungkin meminta anda mengesahkan identiti anda sebelum kami boleh bertindak ke atas permintaan anda.

Kami mungkin menolak permintaan yang berulang dan tidak munasabah, memerlukan usaha teknikal yang tidak seimbang (contohnya, membangunkan sistem baharu atau mengubah secara asas amalan sedia ada), menjejaskan privasi orang lain atau yang amat tidak praktis (contohnya, permintaan berkenaan dengan maklumat yang terdapat pada sistem sandaran).

Apabila kami boleh menyediakan akses dan pembetulan maklumat, kami akan berbuat demikian secara percuma, kecuali jika langkah tersebut memerlukan usaha yang tidak seimbang. Matlamat kami adalah untuk mengekalkan perkhidmatan kami dengan cara yang melindungi maklumat daripada pemusnahan tidak sengaja atau yang berniat jahat. Oleh yang demikian, selepas anda memadamkan maklumat daripada perkhidmatan kami, kami mungkin tidak memadamkan salinan sisa daripada pelayan aktif kami dan mungkin tidak memindah keluar maklumat daripada sistem sandaran kami dengan serta-merta.

Maklumat yang kami kongsi

Kami tidak berkongsi maklumat peribadi dengan syarikat, organisasi dan individu di luar Google melainkan dalam salah satu keadaan yang berikut:

  • Dengan keizinan anda

    Kami akan berkongsi maklumat peribadi dengan syarikat, organisasi dan individu di luar Google apabila kami mendapatkan keizinan anda untuk berbuat demikian. Kami memerlukan kebenaran ikut serta untuk perkongsian sebarang maklumat peribadi yang sensitif.

  • Dengan pentadbir domain

    Jika Akaun Google anda diuruskan untuk anda oleh pentadbir domain (contohnya, untuk pengguna Google Apps), maka pentadbir dan penjual semula domain anda yang menyediakan sokongan pengguna kepada organisasi anda akan mempunyai akses kepada maklumat Akaun Google anda (termasuk e-mel dan data anda yang lain). Pentadbir domain anda mungkin akan boleh:

    • melihat statistik berkenaan dengan akaun anda, seperti statistik berkenaan dengan aplikasi yang anda pasang.
    • menukar kata laluan akaun anda.
    • menggantung atau menamatkan akses akaun anda.
    • mengakses atau mengekalkan maklumat yang disimpan sebagai sebahagian daripada akaun anda.
    • menerima maklumat akaun anda untuk mematuhi undang-undang, peraturan, proses undang-undang atau arahan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan.
    • mengehadkan keupayaan anda untuk memadamkan atau mengedit maklumat atau tetapan privasi.

    Sila rujuk dasar privasi pentadbir domain anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  • Untuk pemprosesan luar

    Kami memberikan maklumat peribadi kepada anggota gabunggan kami atau perniagaan atau orang yang dipercayai untuk memproses maklumat ini untuk kami, berdasarkan arahan kami dan mematuhi Dasar Privasi kami dan sebarang tindakan dan keselamatan lain yang bersesuaian.

  • Untuk tujuan undang-undang

    Kami akan berkongsi maklumat peribadi dengan syarikat, organisasi dan individu di luar Google jika kami mempercayai sepenuh hati bahawa akses, penggunaan, pemeliharaan atau pendedahan maklumat tersebut adalah wajar untuk:

    • mematuhi sebarang undang-undang yang berkenaan, peraturan, proses undang-undang atau arahan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan.
    • menguatkuasakan Syarat Perkhidmatan yang berkenaan, termasuk menyiasat pelanggaran yang mungkin berlaku.
    • mengesan, menghalang atau mengutarakan isu penipuan, keselamatan atau teknikal.
    • melindungi daripada bahaya terhadap hak, harta atau keselamatan Google, pengguna kami atau orang ramai seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang.

Kami mungkin berkongsi maklumat yang tidak dapat mengenal pasti diri secara terbuka dan dengan rakan kongsi kami – seperti penerbit, pengiklan dan tapak yang disambungkan. Contohnya, kami mungkin berkongsi maklumat secara terbuka untuk menunjukkan arah aliran mengenai penggunaan umum perkhidmatan kami.

Jika Google terlibat dalam penggabungan, pengambilan atau penjualan aset, kami akan terus menjamin kerahsiaan sebarang maklumat peribadi dan memberikan notis kepada pengguna yang terjejas sebelum maklumat peribadi dipindahkan atau diletakkan di bawah dasar privasi yang berbeza.

Keselamatan maklumat

Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk melindungi Google dan pengguna kami daripada akses tidak dibenarkan atau perubahan, pendedahan atau pemusnahan yang tidak dibenarkan terhadap maklumat yang kami pegang. Secara khususnya:

  • Kami menyulitkan banyak perkhidmatan kami menggunakan SSL.
  • Kami menawar kepada anda pengesahan dua langkah apabila anda mengakses Akaun Google anda dan ciri Penyemakan Imbas Selamat dalam Google Chrome.
  • Kami menyemak amalan pengumpulan, storan dan pemprosesan, termasuk langkah keselamatan fizikal, bagi mengawal terhadap akses tidak dibenarkan pada sistem.
  • Kami mengehadkan akses ke maklumat peribadi kepada kakitangan, kontraktor dan ejen Google yang perlu mengetahui maklumat tersebut untuk memprosesnya bagi pihak kami dan mereka tertakluk kepada tanggungjawab kerahsiaan berkontrak dan boleh dikenakan tindakan disiplin atau perkhidmatannya boleh ditamatkan jika mereka gagal mematuhi tanggungjawab ini.

Bila Dasar Privasi ini dilaksanakan

Dasar Privasi kami dikenakan pada semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google Inc. dan ahli gabungannya, termasuk YouTube, perkhidmatan yang disediakan oleh Google pada peranti Android dan perkhidmatan yang ditawarkan pada tapak lain (seperti perkhidmatan pengiklanan kami) tetapi tidak termasuk perkhidmatan yang mempunyai dasar privasi yang berasingan, yang tidak menggabungkan Dasar Privasi ini.

Dasar Privasi kami tidak terpakai untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat atau individu lain, termasuk produk atau laman yang mungkin dipaparkan kepada anda dalam hasil carian, laman yang mungkin terdiri daripada perkhidmatan Google atau laman lain yang dipaut dari perkhidmatan kami. Dasar Privasi kami tidak meliputi amalan maklumat syarikat dan organisasi lain yang mengiklankan perkhidmatan kami dan yang mungkin mengguna kuki, teg piksel dan teknologi lain untuk melayan dan menawarkan iklan yang berkaitan.

Pematuhan dan kerjasama dengan pihak berkuasa kawal selia

Kami sentiasa menyemak pematuhan kami terhadap Dasar Privasi ini. Kami juga mematuhi beberapa rangka kerja peraturan kendiri, termasuk EU-US dan Swiss-US Privacy Shield Frameworks. Apabila kami menerima aduan bertulis rasmi, kami akan menghubungi orang yang membuat aduan tersebut untuk membuat susulan. Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa pengawalaturan yang berkenaan, termasuk pihak berkuasa perlindungan data tempatan, untuk menyelesaikan sebarang aduan tentang pemindahan data peribadi yang tidak dapat diselesaikan secara langsung dengan pengguna kami.

Perubahan

Dasar Privasi kami mungkin berubah dari semasa ke semasa. Kami tidak akan mengurangkan hak anda di bawah Dasar Privasi ini tanpa persetujuan anda yang jelas. Kami akan menyiarkan sebarang perubahan Dasar Privasi pada halaman ini dan, jika perubahan adalah ketara, kami akan menyediakan notis yang lebih menyerlah (termasuk, untuk perkhidmatan tertentu, pemberitahuan melalui e-mel tentang perubahan dasar privasi). Kami turut akan menyimpan versi terdahulu Dasar Privasi ini dalam arkib untuk semakan semula anda.

Amalan produk khusus

Notis berikut menerangkan amalan privasi khusus berkenaan dengan produk dan perkhidmatan Google tertentu yang anda mungkin gunakan:

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kami yang paling popular, sila layari Panduan Privasi Produk Google.

Bahan berkaitan privasi dan keselamatan lain yang berguna boleh didapati melalui halaman dasar dan prinsip, termasuk:

Kami memastikan maklumat peribadi anda sulit dan selamat — dan membolehkan anda mengawal maklumat anda.

Ketahui lebih lanjut tentang iltizam kami terhadap privasi dan keselamatan anda.