Google

Tambah ke Google

Soalan Lazim

  1. Mengapa saya harus meletakkan butang “Tambah ke Google” di tapak saya?
  2. Bagaimana hendak menambah butang ke tapak saya?
  3. Bagaimana hendak mengetahui sama ada butang tersebut berfungsi atau tidak?
  4. Apakah itu suapan?
  5. Apakah itu alat? Bagaimana hendak menciptanya?
  6. Bagaimana hendak mencipta suapan untuk tapak saya?
  7. Bagaimana hendak menambah lakaran kecil pada suapan saya?
  8. Apakah format suapan yang disokong?
  9. Saya masih ada soalan. Di manakah boleh saya mendapatkan bantuan lanjut?

1. Mengapa saya harus meletakkan butang “Tambah ke Google” di tapak saya?

Satu daripada lima paparan halaman utama Google di Amerika Syarikat pergi ke iGoogle. Anda boleh meletakkan butang “Tambah ke Google” di tapak web anda untuk menggalakkan pelawat menambah kandungan pilihan anda ke iGoogle dan melihat item anda setiap kali mereka melawat halaman utama Google.

Butang “Tambah ke Google” membolehkan anda mempromosikan mana-mana kandungan yang anda pilih, termasuk aplikasi, suapan dan pautan interaktif ke tapak web anda, dengan memudahkan pengguna untuk menambahnya dengan cepat ke halaman iGoogle mereka. Selagi pengguna masih mengekalkan kandungan anda di halaman iGoogle mereka, item anda akan dipaparkan kepada mereka setiap kali mereka melawat iGoogle. Pengguna iGoogle yang aktif melihat iGoogle secara automatik setiap kali mereka melawat Google.com, oleh itu suapan/alat popular yang memaut semula ke tapak web anda boleh meningkatkan banyak trafik kembali kepada anda selepas beberapa lama.

2. Bagaimana hendak menambah butang ke tapak saya?

Gunakan borang untuk mencipta HTML untuk tapak anda. Pastikan anda pergi ke bahagian yang betul untuk suapan atau alat anda. Hanya masukkan URL untuk suapan atau alat anda, klik "Cipta HTML", kemudian salin dan tampal teks yang dihasilkan pada tapak web anda.

Di samping itu, jika anda ingin mempromosikan lebih daripada satu alat atau suapan, anda boleh gunakan pilihan “Beberapa”. Pilihan ini membolehkan anda menghasilkan tab baharu di iGoogle yang akan mengandungi alat dan/atau suapan anda.

3. Bagaimana hendak mengetahui sama ada butang tersebut berfungsi atau tidak?

Setelah anda meletakkan butang “Tambah ke Google” ke tapak anda, anda boleh mencubanya hanya dengan mengklik butang itu dan melaksanakan proses tersebut. Anda akan tahu butang itu berfungsi jika kandungan anda berjaya ditambah ke halaman utama Google atau Pustaka Google.

4. Apakah itu suapan?

Sekiranya tapak web anda sering dikemas kini, seperti blog atau penerbitan berita, anda boleh menggunakan suapan bagi membantu orang lain mendapat maklumat terkini dari tapak anda. Suapan ialah versi kandungan anda di tapak web anda yang telah diformatkan secara khusus. Suapan boleh dibaca oleh mesin supaya alat membaca dan mengumpul suapan pengguna boleh secara automatik memaparkan kepada mereka kandungan terkini anda dan memaklumkan mereka apabila kemas kini dipaparkan.

5. Apakah itu alat? Bagaimana hendak menciptanya?

API alat ialah satu cara untuk mencipta alat canggih dengan fungsi yang lebih hebat berbanding suapan. Gunakan API untuk mengubah kandungan atau aplikasi web anda menjadi alat yang pengguna boleh tambahkan ke halaman utama Google mereka. Anda juga boleh membangunkan ciri yang memberikan kesan terhadap aspek lain halaman itu, seperti fon dan skim warna. API alat tidak memerlukan sebarang muat turun dan direka supaya luwes dan mudah untuk digunakan.

6. Bagaimana hendak mencipta suapan untuk tapak saya?

Kebayakan perkhidmatan hos menyediakan cara mudah untuk mencipta suapan. Semak kandungan bantuan tapak tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut (cth., Blogger, LiveJournal atau Typepad). Anda juga boleh mencipta suapan tersuai menggunakan Berita Google dan Google Kumpulan. Sekiranya anda menjadi hos kepada tapak web anda sendiri, terdapat beberapa sumber di web yang boleh membantu anda mula mencipta suapan, seperti panduan ini oleh Danny Sullivan.

7. Bagaimana hendak menambah lakaran kecil pada suapan saya?

Kebanyakan alat yang dipaparkan dalam Direktori Google mempunyai lakaran kecil yang dikaitkan dengan alat itu yang menggambarkan fungsi alat tersebut. Anda boleh menetapkan lakaran kecil dalam suapan anda. Ukuran yang disyorkan untuk lakaran kenit ialah 120 piksel lebar kali 60 piksel tinggi. Google memuat turun imej ini dan menyesuaikan saiznya menjadi 120x60, menambah pad jika perlu dan untuk prestasi dan kebolehpercayaan, mengehoskan semula imej tersebut pada pelayan google.com.

Sintaks boleh berbeza-beza bergantung pada jenis format suapan yang anda gunakan. Berikut ialah contoh bagaimana anda boleh memasukkan maklumat lakaran kecil dalam suapan RSS:

<?xml version="1.0"?>
<rss version="0.92">
<channel>
<!-- The title is used in various places in the directory and Personalized Homepage
to help users. Please keep the title as short as possible. -->
<title>Test Feed</title>
<!-- The link is used in the Personalized Homepage title-bar, to link to your site -->
<link>http://www.google.com/</link>
<!-- The description is used in the detail page about your feed -->
<description>A nice long description of your feed.</description>
<!-- …other channel sub-elements may go here, e.g. ttl… -->
<image>
<url>http://www.google.com/ig/gadgets/sticky-thm.png</url>
<!-- …other image sub-elements may go here, e.g. width… -->
</image>

<item>
<title>RSS Item title #1</title>
<link>http://www.google.com/</link>
<!-- …other item sub-elements may go here, e.g. description… -->
</item>
<!-- …more items… -->
</channel>
</rss>

Lihat contoh untuk Atom ini:

<?xml version="1.0" encoding="UTF-8" standalone="yes"?>
<?xml-stylesheet href="http://www.blogger.com/styles/atom.css"
type="text/css"?>
<feed xmlns="http://purl.org/atom/ns#" version="0.3" xml:lang="en-US">
<title mode="escaped" type="text/html">Test feed</title>
<tagline mode="escaped" type="text/html">A nice long description of your feed.</tagline>
<logo>http://www.google.com/ig/gadgets/sticky-thm.png</logo>
<!-- other feed sub-elements, including id, links, etc. -->
<entry xmlns="http://purl.org/atom/ns#">
<!-- …item elements… -->
</entry>
<!-- …other items… -->
</feed>

8. Apakah format suapan yang disokong?

Terdapat beberapa format suapan popular yang boleh digunakan. Pada masa ini, kami menyokong Atom (0.3 dan 1.0) dan RSS (0.91, 0.92, 1.0 dan 2.0).

9. Saya masih ada soalan. Di manakah boleh saya dapatkan bantuan lanjut?

Sekiranya anda ingin mengemukakan soalan tambahan atau perlukan bantuan untuk meletakkan butang “Tambah ke Google” ke halaman anda, sila hubungi kami.