Google Maklum balas

Cara menggunakan Google Feedback

Langkah 1: Aktifkan Google Feedback

Anda boleh aktifkan Google Feedback dengan mengklik pilihan Hantar maklum balas atau Laporkan pepijat pada produk Google.

Langkah seterusnya: Huraikan

Langkah 2: Huraikan masalahnya

Setelah Google Feedback diaktifkan, anda akan lihat imej halaman yang anda sedang lihat dipudarkan dengan kotak dialog Google Feedback. Ini membolehkan anda mengisi huraian tentang maklum balas anda. Jika anda melaporkan masalah, huraian yang baik akan merangkumi maklumat yang berikut:

  • apa yang sedang anda buat apabila masalah tersebut berlaku
  • apa yang anda harapkan akan berlaku
  • apa yang sebenarnya berlaku

Langkah seterusnya: Serlahkan

Langkah 3: Serlahkan

Klik Serlahkan untuk mula menyerlahkan bahagian halaman yang sepadan dengan maklum balas anda.

Sama ada gerakkan penuding tetikus anda pada halaman dan klik serlahan automatik yang muncul, atau klik di mana sahaja pada halaman dan seret penuding tetikus di atas bahagian yang anda ingin serlahkan.

Jika anda menyerlahkan sesuatu dengan tidak sengaja, klik ikon buang (Ikon buang) pada sudut kanan sebelah atas kawasan yang diserlahkan untuk membuang serlahan.

Jika dialog Google Feedback menutup sesuatu yang anda ingin serlahkan, klik dan seret bahagian tepi dialog tersebut untuk mengalihkannya supaya ia tidak lagi menghalang.

Langkah seterusnya: Gelapkan

Langkah 4: Gelapkan

Jika halaman mengandungi nama, alamat atau maklumat peribadi anda yang lain, anda mungkin memilih untuk tidak menghantar bahagian halaman tersebut. Dengan mengklik Gelapkan, anda boleh menyembunyikan sebahagian daripada halaman sebelum menghantar maklum balas anda.

Sama ada anda gerakkan penuding tetikus anda pada halaman dan klik kotak hitam yang muncul atau klik mana-mana bahagian halaman dan seret penuding tetikus pada bahagian yang anda ingin gelapkan.

Untuk menggelapkan sebahagian daripada kawasan yang diserlahkan, klik di luar kawasan yang diserlahkan dan seret merentasi bahagian yang anda ingin gelapkan.

Jika anda menggelapkan sesuatu dengan tidak sengaja, klik ikon buang (Ikon buang) pada sudut kanan sebelah atas kawasan yang digelapkan untuk membuang penggelapan.

Langkah seterusnya: Pratonton

Langkah 5: Pratonton

Klik Seterusnya untuk melihat laporan yang akan anda hantar. Anda boleh mengedit huraian anda sebelum anda menghantar maklum balas anda. Google Feedback mengumpulkan maklumat berikut bersama dengan tangkapan skrin anda:

  • alamat e-mel anda
  • URL dan tajuk halaman yang anda lawati
  • penyemak imbas dan sistem operasi yang anda gunakan, termasuk sebarang pelanjutan penyemak imbas yang anda telah pasangkan
  • struktur HTML halaman yang anda lawati
  • data produk tambahan

Apabila anda sudah bersedia untuk menghantar maklum balas anda, klik Serah.

Langkah seterusnya: Hantar

Langkah 6: Serah

Bagi memastikan kami menerima maklum balas anda, tolong jangan tutup tetingkap sehingga anda melihat mesej pengesahan. Untuk menutup Google Feedback, cuma klik OK.

Anda sudah selesai dan terima kasih atas maklum balas anda!

Langkah 7: Lihat maklum balas anda

Anda boleh melihat maklum balas anda di halaman Laporan Saya. Di sana anda boleh menyemak maklumat yang telah anda hantar menggunakan alat maklum balas yang tersedia dalam banyak produk web Google.