Lagi tentang Peta Dalam Bangunan
Ketahui tempat Peta Dalam Bangunan tersedia dan pelajari cara menggunakan peta dalam bangunan untuk melihat pelan lantai.
Wujudkan pengalaman pelawat yang lebih mudah dan menarik secara percuma, tersedia di Peta Google merentas semua peranti.
Dengan Peta Google dalam bangunan, pelawat dapat mengurangkan masa mencari direktori bangunan dan meluangkan lebih banyak masa menemui perkara baharu yang diminati. Cuma zum masuk dan keluar bangunan dan pergi dari satu tingkat ke tingkat yang lain dengan peta dalam bangunan.
Zum masuk untuk melihat pelan lantai bahagian dalam bangunan. Anda turut dapat mencari di dalam bangunan setelah anda dizum masuk sepenuhnya.
Direktori digital di tapak tangan anda
Gunakan penukar tingkat di penjuru kanan sebelah bawah untuk beralih dari satu tingkat ke tingkat yang lain dalam bangunan.
Simbol yang dapat dikenali dengan mudah bagi mewakili pelbagai tempat menarik di dalam bangunan
Selain menyediakan kandungan kepada pengguna kami di Peta Google, peta dalam bangunan anda akan turut disediakan melalui API Peta Google untuk digunakan dalam aplikasi atau tapak web mudah alih anda.
Cari bangunan itu pada peta.
Rancang kunjungan anda ke pusat beli-belah dan taman yang lebih berhampiran dengan gedung yang anda kenali dan sukai
Jangan terlepas perlawanan! Cari bilik air yang paling hampir dengan kedudukan anda
Bersedia lebih awal untuk sambungan perjalanan anda sebelum tiba di pusat transit
Rakan kongsi yang sedia ada, sila hubungi kami di:
Ketahui lebih lanjut tentang peta dalam bangunan atau teroka lebih banyak peluang perkongsian dengan Peta Google.