Ringkasan perubahan

Syarat Perkhidmatan Google telah dikemas kini pada 11 November 2013.

Kami menyediakan ringkasan dalam bahasa Inggeris mudah agar anda senang memahaminya kerana kami tahu ramai yang sukar memahami bahasa undang-undang.

Kami telah membuat tiga perubahan:

Berikut disediakan butiran lanjut:

Cara nama dan foto Profil anda mungkin dipaparkan (termasuk dalam ulasan dan pengiklanan)

Kami mahu memberikan anda – dan rakan serta kenalan anda – maklumat yang paling berguna. Cadangan daripada orang yang anda kenali benar-benar boleh membantu. Jadi rakan, keluarga anda dan orang lain boleh melihat nama dan foto Profil anda, serta kandungan seperti ulasan yang anda kongsi atau iklan yang anda telah +1. Perkara ini hanya berlaku apabila anda mengambil tindakan (perkara seperti mem'+1, mengulas atau mengikuti) – dan orang yang melihatnya hanyalah orang yang anda telah pilih untuk berkongsi kandungan tersebut. Di Google, anda mengawal perkara yang anda kongsi. Kemas kini Syarat Perkhidmatan ini tidak mengubah dalam apa cara sekalipun dengan siapa anda berkongsi sesuatu pada masa lalu atau keupayaan anda untuk mengawal dengan siapa anda ingin berkongsi sesuatu pada masa hadapan.

Maklum balas daripada orang yang anda kenali boleh menjimatkan masa anda dan menambah baik hasil carian untuk anda dan rakan anda pada semua perkhidmatan Google, termasuk Carian, Peta, Play dan dalam pengiklanan. Sebagai contoh, rakan anda mungkin melihat yang anda memberikan sesebuah album 4 bintang di halaman Google Play kumpulan tersebut. Selain itu, +1 yang anda berikan kepada kedai roti tempatan kegemaran anda boleh dimasukkan ke dalam iklan yang disiarkan oleh kedai roti itu melalui Google. Kami menamakan cadangan ini sokongan dikongsi dan anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenainya di sini.

Dalam perkara yang berkaitan dengan sokongan dikongsi dalam iklan, anda boleh mengawal penggunaan nama dan foto Profil anda melalui tetapan Sokongan Dikongsi. Jika anda "matikan" tetapan tersebut, nama dan foto Profil anda tidak akan dipaparkan dalam iklan untuk kedai roti kegemaran anda itu atau mana-mana iklan yang lain. Tetapan ini hanya digunakan dalam iklan dan tidak mengubah sama ada nama atau foto Profil anda boleh digunakan di tempat lain seperti Google Play.

Jika sebelum ini anda memberitahu Google bahawa anda tidak mahu +1ku anda dipaparkan dalam iklan, maka sudah tentu kami akan terus menghormati pilihan itu sebagai sebahagian daripada tetapan yang dikemas kini ini. Untuk pengguna yang berusia bawah 18 tahun, tindakan mereka tidak akan dipaparkan dalam sokongan dikongsi dalam iklan dan konteks tertentu yang lain.

Untuk mendapatkan lebih kebebasan dalam mengawal pengalaman anda dengan iklan di Google, anda turut boleh menggunakan alat Tetapan Iklan Google untuk mengurus iklan yang anda lihat. Ketahui lebih lanjut.

Gunakan peranti mudah alih anda dengan selamat

Ini amalan yang munasabah: Jangan gunakan perkhidmatan kami jika anda sedang melakukan sesuatu yang memerlukan perhatian penuh anda, seperti memandu, dan perkhidmatan kami mungkin mengganggu anda. Sudah tentu, sentiasa patuhi undang-undang semasa memandu.

Jaga kata laluan anda betul-betul

Keutamaan kami ialah memastikan maklumat anda selamat dan terjamin. Nama pengguna dan kata laluan Google anda membolehkan anda mengakses banyak perkara yang berguna – mesej Gmail, foto Google+, video YouTube, senarai Kenalan Google anda dan banyak lagi. Sesiapa sahaja yang anda berikan butiran log masuk anda boleh menggunakannya untuk mengakses Akaun Google anda dan bahan yang anda simpan di Google. Jadi, jika anda diminta memberikan kata laluan anda, fikir betul-betul dan pertimbangkan sama ada mungkin ada cara yang lebih selamat dan lebih terjamin untuk berkongsi maklumat.

Jika kami mendapati sesuatu yang luar biasa (seperti jika kami mendapati percubaan log masuk ke akaun anda yang gagal, atau dua log masuk ke akaun anda dalam tempoh yang singkat, tetapi dari komputer yang berada sangat jauh dari satu sama lain) anda mungkin melihat makluman aktiviti luar biasa.

Ketahui tentang cara-cara lain untuk memastikan Akaun Google anda selamat, termasuk menambahkan Pengesahan 2 Langkah .

Terima kasih kerana membaca sehingga ke akhir halaman ini – kami tahu perkara ini agak membosankan, tetapi kami rasa perkara ini penting. Untuk melihat cara syarat-syarat ini berkaitan dengan anda, sila lihat Syarat Perkhidmatan untuk negara anda.