Pelanjutan OS Chrome Alat Input Google

Pelanjutan OS Chrome Alat Input Google membolehkan anda menaip dalam bahasa yang anda ingini pada OS Chrome.

Perbezaan utama antara pelanjutan OS Chrome ini dan pelanjutan Chrome Alat Input Google ialah:

Ciri Pelanjutan Chrome Pelanjutan OS Chrome
Platform disokong Penyemak imbas Chrome pada sebarang komputer (Windows, Mac, Linux) Komputer OS Chrome sahaja
Berfungsi dalam bar alamat (Kotak omni)? Tidak Ya
Berfungsi di luar talian? Tidak Ya

Alat Input telah digabungkan dengan Chromebook. Jika anda menggunakan Chromebook dengan Versi 28 atau ke atas, anda sudah bersedia menggunakan Alat Input. Jika tidak, naik taraf Chromebook anda. Jika anda menggunakan OS Chromium, pasang pelanjutan OS Chrome dari Kedai Web Chrome.

Pergi ke Tetapan → Tunjukkan tetapan terperinci → Bahasa. Klik butang "Tetapan bahasa dan input". Pilih alat input yang anda ingin gunakan. Ambil perhatian bahawa kaedah input dilabelkan sebagai [nama Bahasa dalam bahasa ibunda] ([nama Bahasa dalam bahasa UI Chrome]), misalnya, हिन्दी (Hindi), menunjukkan jenis Alat Input alih huruf. Alat alih huruf menukar input anda secara fonetik kepada bahasa sasaran.

Selepas konfigurasi, togol pada kaedah input yang anda mahu gunakan. Klik pada kaedah input yang sedang digunakan, cth., "AS" pada pelancar (iaitu, bar/panel pemberitahuan di sebelah kanan bahagian bawah skrin anda).

Senarai kaedah input yang dipilih (termasuk alat input dari pelanjutan) akan dipaparkan. Pilih alat input yang anda ingin gunakan. Untuk menambah alat input baharu, klik pada "Sesuaikan bahasa dan input ...".

Memandangkan anda kini telah memilih alat input, gerakkan kursor pada mana-mana kotak input (kotak omni turut disokong), anda boleh mula menaip.

Artikel berkaitan tentang cara menggunakan alat input individu: