Alih huruf
Alih huruf menyokong lebih 20 bahasa. Tonton video berikut untuk mengetahui apa itu alih huruf dan cara menggunakannya. Cubanya dalam talian juga.
Alih huruf merujuk pada kaedah pemetaan daripada satu sistem penulisan kepada sistem penulisan yang lain berdasarkan persamaan fonetik. Dengan alat ini, anda menaip dalam huruf Latin (seperti a, b, c dsb.), yang ditukar menjadi aksara yang mempunyai sebutan yang sama dalam bahasa sasaran. Sebagai contoh, dalam alih huruf bahasa Hindi, anda boleh menaip "namaste" untuk mendapatkan "नमस्ते", yang berbunyi "namaste". Senarai alih huruf calon akan dipaparkan untuk anda pilih. Sila maklum bahawa "alih huruf" berbeza daripada "terjemahan": penukaran dilakukan berdasarkan sebutan, bukan makna.
Alih huruf menyokong pemetaan fonetik kabur. Anda hanya perlu menaip tekaan sebutan terbaik anda dalam huruf Latin dan alih huruf akan memadankannya dengan cadangan yang terbaik. Sebagai contoh, perkataan "namaste" dan "nemaste" akan ditukar kepada "नमस्ते" sebagai calon.
Untuk menggunakan alih huruf, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mendayakan Alat Input. Ikut arahan untuk mendayakan Alat Input dalam Carian, Gmail, Google Drive, Youtube, Terjemahan, Chrome dan OS Chrome.
Alih huruf diwakili oleh aksara daripada bahasa tersebut, seperti
. Klik pada ikon untuk menogol
antara hidupkan/matikan alih huruf semasa atau klik pada anak panah di sebelah ikon
untuk memilih alat input yang lain. Apabila Alih Huruf dihidupkan, butang menjadi
kelabu gelap
.
Apabila menggunakan alih huruf, taipkan perkataan secara fonetik dalam huruf Latin. Sambil anda menaip, anda akan melihat senarai calon perkataan yang memeta kepada ejaan fonetik. Anda boleh memilih perkataan dari senarai dengan mengambil mana-mana tindakan yang berikut:
- Tekan SPACE atau ENTER untuk memilih calon pertama,
- Klik pada perkataan,
- Masukkan nombor di sebelah perkataan itu,
- Navigasi senarai calon dalam halaman dengan kekunci anak panah ATAS/BAWAH. Selak halaman menggunakan kekunci PAGEUP/PAGEDOWN. Tekan SPACE atau ENTER untuk memilih perkataan yang diserlahkan
Alat
Input