Gmail

Tonton video ini untuk mengetahui cara menyediakan Alat Input dalam Gmail dengan cepat.

Untuk mendayakan Alat Input dalam Gmail, ikut langkah berikut:

  1. Klik ikon gear di bahagian atas kanan, kemudian pilih "Tetapan".
  2. Pada tab Am, pilih kotak pilihan bersebelahan dengan "Dayakan alat input" di bawah bahagian "Bahasa".
  3. Dalam dialog tetapan "Alat Input" yang dipaparkan, pilih alat input yang anda mahu dari medan "Semua alat input" dan klik anak panah kelabu supaya dipaparkan dalam medan "Alat Input terpilih".
    • Anda juga boleh klik dua kali pada alat input tersebut untuk menambahkannya kepada medan "Alat input terpilih"
    • Anda boleh susun semula alat input yang dipilih dengan mengklik pada alat, kemudian klik pada anak panah ke atas/bawah yang dipaparkan
  4. Klik Ok dalam dialog tetapan
  5. Klik Simpan Perubahan di bahagian bawah tab Am

Apabila anda telah mendayakan Alat Input, anda akan melihat ikon alat input di sebelah kiri ikon gear, cth. .

Catatan blog Gmail ini (disiarkan merentas Google dan Blog Perusahaan) memperkenalkan cara Alat Input menjadikan komunikasi lebih mudah merentas bahasa dalam Gmail.

Artikel berkaitan tentang cara menggunakan alat input individu: