Tulisan tangan

Input tulisan tangan membolehkan anda menulis terus perkataan menggunakan tetikus atau pad jejak. Tulisan tangan menyokong lebih 50 bahasa.

Untuk menggunakan input tulisan tangan, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mendayakan Alat Input. Ikut arahan untuk mendayakan Alat Input dalam Carian, Gmail, Google Drive, Youtube, Terjemahan, Chrome dan OS Chrome. Ambil perhatian bahawa input tulisan tangan sesetengah bahasa mungkin tidak tersedia dalam beberapa produk di atas.

Tonton video tutorial ini untuk mengetahui cara menggunakan input tulisan tangan dalam pelanjutan Chrome Alat Input Google.

Input tulisan tangan diwakili oleh sebatang pensel .Apabila menggunakan input tulisan tangan, gerakkan pad jejak /tetikus anda ke panel tulisan tangan. Teruskan menekan pad jejak/tetikus untuk melukis aksara. Calon aksara yang memeta tulisan tangan anda akan dipaparkan. Pilih calon dengan mengklik pada aksara atau tekan kekunci ENTER atau SPACE untuk memilih calon yang pertama.