Pelanjutan Chrome Alat Input Google

Pelanjutan Chrome Alat Input Google membolehkan pengguna menggunakan alat input di mana-mana halaman web dalam Chrome. Untuk menggunakan pelanjutan Chrome Alat Input, ikut langkah berikut:

  1. Pasang Alat Input Google
  2. Klik ikon pelanjutan dan pilih "Pilihan pelanjutan"
  3. Dalam halaman "Pilihan pelanjutan", pilih alat input yang anda mahu dari kiri ke kanan.
  4. Klik dua kali di sebelah kiri untuk menambah alat input. Klik dua kali di sebelah kanan untuk mengalih keluar pilihan.
  5. Isihkan alat input yang dipilih dengan mengklik pada alat input di sebelah kanan dan mengklik pada ikon anak panah atas dan anak panah bawah.

Untuk menggunakan alat input, klik pada ikon pelanjutan. Dalam menu lungsur yang dipaparkan, pilih alat input yang dikehendaki. Apabila alat input dihidupkan, butang pelanjutan menjadi ikon yang berwarna penuh, seperti . Apabila alat input dimatikan, butang tersebut dikelabukan . Tindakan mengklik pada "Matikan" akan menogol alat input kepada mati. Anda juga boleh klik pada alat input terpilih untuk menogol hidup/mati.

Sekarang anda telah menogol alat input kepada hidup, buka halaman web, gerakkan kursor ke kotak input dan mula menaip. Jika tindakan ini tidak berfungsi, muat semula halaman web dengan mengklik pada .

Artikel berkaitan tentang cara menggunakan alat input individu: