Kaedah Input (IME)
Editor Kaedah Input (IME) menukarkan ketukan kekunci kepada aksara dalam bahasa lain. Kami menawarkan beberapa IME. Cubalah.
Untuk menggunakan IME, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mendayakan Alat Input. Ikut arahan untuk mendayakan Alat Input dalam Carian, Gmail, Google Drive, Youtube, Terjemahan, Chrome dan OS Chrome.
IME diwakili oleh aksara daripada bahasa tersebut, seperti
.Klik pada ikon untuk
menogol antara hidupkan/matikan IME semasa atau klik pada anak panah di sebelah ikon
untuk memilih alat input yang lain. Apabila IME ditogolkan kepada hidup, butang
tersebut menjadi kelabu gelap
.
IME Latin
IME Latin bertujuan membantu orang menaip dalam bahasa skrip Latin (cth., bahasa Perancis, Jerman, Sepanyol, Portugis, Itali dan Belanda) menggunakan papan kekunci AS. Cirinya termasuk diakritik automatik, pembetulan ejaan dan pelengkapan awalan.
Untuk menggunakan IME Latin, taipkan huruf tanpa aksen dan perkataan yang betul dengan diakritik akan dicadangkan. Sebagai contoh, dalam bahasa Perancis, semasa anda menaip 'franca', anda akan melihat calon pelengkapan awalan.
Tekan TAB untuk menggunakan calon "français". Pada masa ini, tekan SPACE/ENTER untuk menggunakan teks sumber "franca".
Sambil terus menaip "francais", calon di pentas menjadi calon autodiakritik. Tekan SPACE/ENTER untuk menggunakan calon "français".
Untuk mendapatkan lebih banyak calon, tekan BACKSPACE dan anda akan melihat semua calon.
Calon pertama ialah calon autodiakritik berkeyakinan tinggi, yang akan diserlahkan secara automatik. Calon kedua ialah teks sumber. Calon yang ketiga dan keempat ialah calon pelengkapan awalan. Calon ke-5 dan ke-6 ialah calon pembetulan ejaan.
Untuk memilih perkataan daripada berbilang calon, lakukan mana-mana tindakan yang berikut:
- Tekan SPACE/ENTER untuk memilih calon yang diserlahkan,
- Klik padanya,
- Taipkan nombor di sebelah perkataan,
- Navigasi senarai calon dalam halaman dengan kekunci ATAS/BAWAH. Selak halaman dengan kekunci ATAS/BAWAH.
Alat
Input