Papan Kekunci Maya
Papan kekunci maya atau papan kekunci "pada skrin" membolehkan anda menaip terus dalam skrip bahasa tempatan anda dengan cara yang mudah dan tekal, tidak kira di mana anda berada atau jenis komputer yang anda gunakan. Beberapa kegunaan biasa papan kekunci maya termasuk:
- Membenarkan seseorang menaip dalam bahasanya sendiri pada papan kekunci asing - misalnya apabila melancong ke luar negara atau tinggal di negara lain,
- Mendayakan pengalaman menaip yang lebih mudah diakses dengan membenarkan menaip menggunakan klik pada skrin,
- Menyediakan satu cara yang pantas lagi mudah untuk beralih antara set aksara dan/atau huruf yang berbeza.
Papan kekunci maya merangkumi lebih 100 papan kekunci untuk lebih daripada 70 bahasa. Lihat video tutorial ini untuk mengetahui cara menggunakan papan kekunci maya. Cubanya dalam talian juga.
Untuk menggunakan papan kekunci maya, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mendayakan Alat Input. Ikut arahan untuk mendayakan Alat Input dalam Carian, Gmail, Google Drive, Youtube, Terjemahan, Chrome dan OS Chrome.
Papan kekunci maya diwakili oleh ikon papan kekunci
. Klik pada ikon untuk menogol antara
hidupkan/matikan IME semasa atau klik pada anak panah di sebelah ikon untuk memilih alat
input yang lain. Apabila papan kekunci maya diaktifkan, butang tersebut menjadi kelabu
gelap
.
Gunakan papan kekunci maya dengan menaip pada papan kekunci anda sendiri seolah-olah papan kekunci tersebut ialah papan kekunci maya atau dengan mengklik terus kekunci pada papan kekunci maya dengan tetikus anda.
Untuk meminimumkan papan kekunci pada skrin, klik pada anak panah di sebelah kanan bahagian atas papan kekunci pada skrin.
Alat
Input